Pelakon Rozita Che Wan menyifatkan adiknya Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha sebagai ibu bapa yang bertuah kerana memiliki anak-anak syurga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaquan Adha Masih Terkejut Pemergian Cahaya Mata Bongsu – ‘Biarlah Saya, Isteri & Anak-Anak Saja Tahu Apa Yang Jadi’
Artikel Berkaitan: Aisy Al Raees Meninggal Dunia Dalam Tidur’ – Rozita Che Wan
Khabar gembira
@rozitachewan1 Dlm galery fon mak ngah ni byk sgt gambar baby Raees . Setiap week end kalau Raees tk mai KD, mak ngah akan p Seremban .. Baby yg sgt baik , terlalu baik , luar biasa.. Mummy & Daddy sgt beruntung dikurniakan anak syurga ini ..pinjaman yg penuh kenikmatan #6bulan9hari Beruntung nya Ayu & Zaquan, 4 org anak2 syurga dh menanti disana .. Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba diatas dunia, namun membawa khabar gembira ria di alam akhirat , insyaAllah amin ya Allah ?? .. Smlm, dpt jgk kami semua tidor dgn baby Raees utk kali terakhir ??????? . Selamat jalan anak syurga Damai lah mu disana sayangku ???????? Muhammad Aisy Al Raees b Mohammad Zaquan Adha
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Rozita berkata, dia memahami kesedihan yang perlu dilalui oleh adiknya selepas kehilangan anak bongsu, Muhammad Aisy Al Rees.
Namun, aktres berusia 51 tahun tersebut yakin kegembiraan akan menanti Ayu dan Zaquan di akhirat kelak.
Mummy dan daddy sangat beruntung dikurniakan anak syurga ini, pinjaman penuh kenikmatan.
Beruntungnya Ayu dan Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana.
Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, insya-Allah.
Kenangan bersama Raees
Dalam masa yang sama, Rozita atau mesra disapa Che Ta turut mengenang momen bersama anak saudaranya itu.
Dalam galeri telefon mak ngah ini banyak sangat gambar Raees. Setiap hujung minggu, kalau Raees tak datang, mak ngah yang akan ke Seremban. Baby yang sangat baik, terlalu baik dan luar biasa.
Semalam, dapat juga kami semua tidur dengan baby Raees untuk kali terakhir. Selamat jalan anak syurga, damailah kamu di sana sayangku.
Sebelum ini, bekas pemain bola sepak kebangsaan tersebut memaklumkan berita pemergian anak bongsunya yang berusia enam bulan itu kepada umum menerusi Instagram Story.
Rozita kemudian berkata, Ayu menghubungi ambulans selepas bayi itu tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Seremban, Negeri Sembilan.
Untuk info, Ayu selamat melahirkan anak ketujuhnya pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Sumber: TikTok Rozita Che Wan