berita

‘Enam Anggota Positif COVID-19, 335 Ahli Keluarga Di Bawah Pemerhatian’ – Ketua Polis Negara

March 21st, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan setakat 21 Mac 2020, pertambahan sebanyak 153 kes positif  COVID-19 menjadikan 1183 kes secara keseluruhan. Manakala, kes pulih meningkat sebanyak 27 kes menjadikan jumlah pulih sebanyak 114 kes.

Manakala, 2 kes lagi kematian telah dicatatkan dalam tempoh 24 jam menjadikan mangsa maut seramai 6 orang. Terbaru, Ketua Polis Negara mengesahkan 6 anggota polis positif COVID-19.

Enam positif

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata 335 lagi ahli keluarga anggota masih menunggu ujian saringan untuk mengetahui tahap kesihatan.

Sehingga hari ini enam anggota saya positif Covid-19… kita terus beri galakkan dan semangat kepada anggota untuk bersemangat melaksanakan tugas.

Penjelasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu begitu jelas menunjukkan bahaya ini bukan satu lakonan, ianya realistik boleh menjangkiti setiap warga PDRM. Ketika ini sudah enam orang positif dan ada 335 keluarga PDRM dibawah Patient Under Investigation (PUI). PDRM terpaksa mengambil risiko sehingga hari ini

Dalam temubual eksklusif Astro Awani, Tan Sri Abdul Hamid berkata ini adalah risiko yang perlu ditanggung anggotanya ketika menjalankan tugas menangani wabak.

Kita tidak berputus asa

Walaubagaimanapun, beliau melihat orang ramai sudah mula mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan apabila masing-masing sudah mengehadkan pergerakan.

Kita terus tidak putus asa, masih lagi dalam tahap mahu menyedarkan, memujuk rayu, berbagai taktik dan teknik digunakan anggota, kepada masyarakat.

Meskipun begitu, masih ada yang berdegil dan menjalankan aktiviti luar. Pihaknya mengambil pendekatan memberi nasihat sebelum tindakan tegas diambil.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×