Baru-baru ini, seorang lelaki di Australia berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness (GWR) yang luar biasa bagi kejayaan memakai 10 seluar dalam tempoh terpantas dengan catatan masa 13.03 saat.
Artikel Berkaitan: Lelaki Pecah Rekod Dunia Angkat Beban 129.5Kg Guna Satu Jari
Enam bulan buat persediaan
Memetik laporan UPI, kejayaan Nicholas Manning dari Brisbane itu sekali gus merealisasikan impiannya yang sudah lama berhasrat melakar namanya dalam GWR.
Difahamkan, Manning mengambil masa enam bulan untuk membuat persediaan iaitu berlatih bagi mencipta rekod berkenan.
Dalam tempoh itu, Manning berusaha mempelajari dan memperkemaskan teknik serta kemahirannya.
Terdahulu, GWR melaporkan, Silvio Sabba iaitu pemuda dari Itali mencipta rekod pada 2017 apabila dapat memakai 13 seluar dalam dengan catatan masa 30 saat.
Sumber: UPI