berita

Enam Pelajar & Tujuh Guru Positif Covid-19 Di Sabah

September 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kota Kinabalu, Sabah, enam pelajar sekolah dan tujuh orang guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun, semua kes sudah berada di bawah jagaan Hospital Lahad Datu.

Kluster Benteng Lahad Datu

Menurut Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, kes positif tersebut merupakan kes ke-921, ke-922 dan 925 hingga ke-935. Kesemua mereka dikesan positif sewaktu ujian saringan kontak Kluster Benteng Lahad Datu diadakan.

Tambah beliau,seramai 35 orang kena tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (OPD) Lahad Datu turut disahkan positif Covid-19. Mereka terdiri daripada 20 lelaki bukan warganegara dan 15 lelaki warga tempatan iaitu kes ke-882 sehingga 916.

937 kes positif di Sabah

Setakat ini, 937 kes positif Covid-19 telah dicatatkan di Sabah. Jumlah tersebut termasuk pertambahan 60 kes baharu di lima daerah seperti Lahad Datu, Sandakan, Tawau, Kunak dan Kota Kinabalu. Menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Kuantan dan Klang sudah kembali ke zon hijau. Manakala, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, KL/Putrajaya, Perak, Perlis, Labuan dan Sarawak turut berada di zon hijau.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×