berita

Enam Tahun Pegang Status Janda, Upiak Isil Sedang Didekati Lelaki Muda – ‘Janganlah Merasakan Yang Saya Ini Banyak Duit’

November 30th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Ramai yang tidak tahu penyanyi Indonesia, Upiak Isil sudah enam tahun bergelar janda.

Saya yang minta cerai

Ketika ditemui OhBulan!, Upiak menyatakan keputusan untuk bercerai sebelum ini bukanlah permintaan daripada bekas suaminya.

Kata wanita berumur 37 tahun itu, punca utama dia bercerai adalah disebabkan bekas suami menginginkan isteri menjadi suri rumah sepenuh masa.

Sebaliknya, saya yang ikhlaskan dia untuk mencari wanita lain kerana diri terlalu sibuk dengan aktiviti seni. Keputusan berpisah dicapai bersama sebab dia pun memang mengharapkan mempunyai isteri yang mampu cuma duduk di rumah, yang mana, saya tak boleh pikul tanggungjawab itu.

Rumah tangga yang dibina pada tahun 2013 itu cuma bertahan selama dua tahun saja. Jodoh kami tak panjang dan tidak juga punya anak. Khabarnya, dia juga sudah bernikah dengan wanita lain kini.

Upiak berkata demikian semasa ditemui di program realiti Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.

Rokok pun minta dibelikan!

Selepas menjadi janda ‘hot’, penyanyi kelahiran Bukit Tinggi, Sumatera Barat, mendedahkan dia sering didekati dengan lelaki bermata duitan yang menganggap dirinya wanita kaya.

Akuinya, dia berasa tidak selesa untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki selain timbul perasaan ragu dengan keikhlasan mereka berkawan.

Penatlah. Janganlah lelaki-lelaki yang nak mendekati ini merasakan yang saya ini banyak duit. Saya cari duit untuk makan, bayar segala bil, segala hutang dan berikan kepada orang tua. Janganlah lelaki ini cuma memandang saya ini kaya.

Pernah tahu, sebelum ini saya kenal dengan beberapa orang lelaki yang bersikap begitu. Sampaikan makan pun saya yang selalu kena bayar. Kalau saling memberi, saling menerima, lainlah juga bukan.

Bukankah tanggungjawab lelaki itu untuk perempuan? Kalau rokok pun minta saya yang belikan, tak mahulah saya!

Ada lelaki muda cuba dekati

Bagaimanapun, kata pelantun lagu Tak Tun Tuang, dia tidak serik dan bersedia untuk membuka pintu hati buat mana-mana lelaki lain.

Saya pun pelik, ramai yang nak kenal dengan saya ini, ramai kalangan mereka adalah lelaki lebih muda. Sekarang pun, lelaki yang dekat dengan saya usianya 20 tahun. Tengoklah macam mana, andai ada jodoh, adalah.

Kalau tahun 2023 saya masih belum juga bernikah, kalau ada lelaki berstatus duda yang nak kahwin dengan saya, okey sahaja. Duda dan sudah ada anak pun tak apa. Asalkan rajin bekerja dan bukan jenis suka menyusahkan isteri.

Sumber: Instagram @astrogempak, @upiak_isil_official

SKIP THIS AD ×