Ibu kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah iaitu Zarina Astillah memberitahu dia akan menyelesaikan isu membabitkan seorang lagi anaknya, Eriqa Astillah sesama keluarga.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Betul Aliff Masih Sayang, Kenapa Dia Buka Aib Saya?’ – Bella Astillah
Artikel Berkaitan: Saya Banyak Silap, Bella Pun Ada Buat Silap’ – Aliff Aziz Cari Peluang Ke-12 Selamatkan Rumah Tangga
‘Selesai antara keluarga’
Ketika ditemui OhBulan!, Zarina berkata dia enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut dan memilih untuk mengunci mulut.
Tidak, saya tak mahu ulas apa-apa tentang itu. Tidak mahu berikan sebarang kenyataan.
Isu itu nanti kami akan selesaikan antara keluarga.
Zarina berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Eriqa mempunyai hubungan sulit dengan suami Bella iaitu Aliff Aziz.
Zarina ditemui sejurus selesai sebutan kedua kes cerai talak dengan kebenaran mahkamah membabitkan Aliff dan Bella di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Sementara itu, disoal mengenai respon kemelut yang berlaku antara anak dan menantunya, Zarina berkata dia sentiasa berada bersama Bella untuk memberikan sokongan.
Saya sentiasa di belakang Bella. Hanya dia tahu apa saya buat untuk dia.
Terdahulu, Aliff enggan menceraikan Bella dengan alasan masih sayang dan memikikan tentang kesejahteraan anak-anak mereka.
Hakim syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat kemudian menetapkan untuk melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Bella telah melantik kakak angkatnya iaitu Roslinda, manakala Aliff melantik ibunya Siti Hafiza untuk prosiding JKP. Perbicaraan seterusnya pada 4 Jun.
Pada 13 Mac lalu, Bella telah memfailkan perceraian terhadap Aliff secara ekspres namun penyanyi itu tidak muncul pada hari perbicaraan.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.
Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun kembali rujuk ketika Bella dalam tempoh edah.