berita

Enggan Bertanggungjawab Dengan Kehamilan, Lelaki Tergamak Bunuh Kekasih Bawah Umur

February 9th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Seorang lelaki diberkas polis apabila disyaki membunuh remaja perempuan yang dipercayai kekasihnya.

Artikel Berkaitan: Akibat Minta Untuk Dikahwini, Gadis Dipukul Berkali-Kali Oleh Teman Lelaki

Artikel Berkaitan: Lelaki Kerat Badan Kekasih 35 Bahagian, Simpan Dalam Peti Sejuk

Artikel Berkaitan: Lelaki Buang Mayat Teman Wanita Lepas Bunuh & Kerat Badan Dipenjara 70 Tahun

Diajak bernikah

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Kompas, suspek bertindak kejam ke atas mangsa, 16,  di rumah pelaku di Jalan Gunung Batur, Denpasar Barat, Bali, hanya kerana mangsa meminta untuk menikahinya.

Lebih tragis, remaja perempuan itu difahamkan sedang hamil.

Punca kes pembunuhan tersebut kerana suspek kesal dan marah akibat mangsa meminta dirinya bertanggungjawab dengan cara bernikah.

Ketua Polis Daerah Denpasar Kombes Bambang Yugo Pamungkas memberitahu bahawa mangsa ke rumah suspek sebelum melakukan hubungan persetubuhan.

Akibat daripada itu, mangsa meminta suspek bertanggungjawab atas kehamilannya. Tambahnya, dia turut mengarah si pelaku untuk memberitahu kehamilannya kepada kedua ibu bapa mereka.

Sumber: Kompas.com

SKIP THIS AD ×