berita

Lelaki Kerat Badan Kekasih 35 Bahagian, Simpan Dalam Peti Sejuk

November 15th, 2022 | by Wani
Kini Trending

Di India, New Delhi, seorang lelaki berusia 28 tahun didakwa melakukan pembunuhan kejam terhadap kekasihnya. Suspek dilaporkan mengerat 35 bahagian tubuh badan mangsa dan membuangnya ke dalam hutan.

Artikel Berkaitan: Suami Kerat Isteri Depan Anak Umur 3 Tahun, Organ Dibakar & Direbus Di Belakang Rumah 

Artikel Berkaitan: Pekerja Seks Dibunuh, Badan Dikerat & Disumbat Dalam Bagasi Bersama Bangkai Anjing, Pelaku Dipenjara 8 Tahun 

Disimpan dalam peti sejuk

Sekadar gambar hiasan

Menurut polis daerah selatan, Ankit Chauhan, pasangan itu mula menjalinkan hubungan apabila bertemu di Mumbai ketika bekerja dan berpindah ke ibu kota India sekitar April atau awal Mei. Hubungan itu dikatakan tidak mendapat restu daripada ibu bapa yang dipercayai kerana agama yang berbeza. 

Suspek memotong badan mangsa kepada 35 bahagian dan menyimpan anggota badan itu di dalam peti sejuk 300 liter.

Suspek akan keluar setiap dua pagi untuk membuang anggota-anggota mangsa yang telah dipotong di kawasan yang berbeza selama 18 hari berturut-turut.

Kes ini disyaki akibat daripada mangsa yang mula mendesak suspek untuk berkahwin, namun polis masih belum menjumpai motif pembunuhan dan siasatan masih dijalankan.

Bapa mangsa, Vikash Madan Walker, menyatakan anaknya itu pernah memberitahu bahawa suspek sering memukulnya.

Susulan daripada itu, suspek mengakui melakukan pembunuhan kejam itu ke atas mangsa dan Pengerusi Suruhanjaya Wanita Kebangsaan, Sharma Rekha, mahukan hukuman yang berat dijalankan ke atas suspek.

Sumber: CBS News

SKIP THIS AD ×