berita

Enggan Jalani Rawatan Kemoterapi, Sanjay Dutt Lebih Rela Mati Sahaja

January 17th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Bintang Bollywood, Sanjay Dutt yang disahkan mengidap kanser paru-paru telah berkongsi tentang perjalanan penyakit yang dideritanya itu.

Artikel Berkaitan: Pelakon Bollywood Dipukul Anak Kandung Sampai Mati, Mayat Dihumban Ke Dalam Sungai

Artikel Berkaitan: Tamat Penggambaran Di Arab Saudi, Shah Rukh Khan Tunai Umrah

Hidap kanser

Walaupun telah dikesan menghidap kanser terbabit pada Ogos 2020 ketika menjalani penggambaran filem Shamshera, namun bintang berusia 63 tahun ini sama sekali tidak patah semangat untuk menyelesaikan penggambarannya hingga selesai.

Bukan itu sahaja, Sanjay tidak gentar melawan penyakit itu dengan rawatan dan ubat-ubatan di samping bergiat aktif dalam senaman kecergasan dan bekerja.

Dalam masa sama, aktor sasa yang popular pada era 90-an ini mengakui berasa takut untuk menjalani rawatan dan enggan mengikuti prosedur perubatan.

Sanjay turut mendedahkan bahawa dia pernah keseorangan di hospital kerana isteri dan ahli keluarganya berada di Dubai. Susulan itu, dia beranggapan lebih baik mati daripada menjalani rawatan kemoterapi yang menyakitkan.

Saya mempunyai sejarah kanser dalam keluarga saya. Ibu saya (Nargis) meninggal dunia akibat kanser pankreas, dan arwah isteri saya (Richa Sharma) meninggal dunia akibat kanser otak.

Jadi, perkara pertama yang saya katakan ialah, saya tidak mahu menjalani kimoterapi. Jika saya sepatutnya mati, saya akan mati sahaja, tetapi saya tidak mahu apa-apa rawatan.

Sumber: The Economic Times

SKIP THIS AD ×