berita

Tamat Penggambaran Di Arab Saudi, Shah Rukh Khan Tunai Umrah

December 2nd, 2022 | by Wani
Kini Trending

Pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan dikatakan sedang berada di Mekah untuk menunaikan umrah selepas tamat penggambaran filem Dunki di Arab Saudi.

Artikel Berkaitan: Bawa Banyak Jam Tangan Mewah Naik Kapal Terbang, Shah Rukh Khan Kena Tahan Dekat Kastam 

Artikel Berkaitan: Wajah Shah Rukh Khan Terpampang Di Burj Khalifa Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-57 

Artikel Berkaitan: Isteri Tak Suka Kanak-Kanak Masa Awal Perkenalan, Shah Rukh Khan Tak Yakin Nak Kahwin 

Penggambaran di Arab Saudi

Menerusi hantaran beliau di laman Instagram baru-baru ini, Shah Rukh Khan menjalankan penggambaran filem di Arab Saudi. Beliau meluahkan rasa syukur kepada para pasukannya dan kepada Kementerian Kebudayaan dan Filem menerusi video yang dimuat naik.

Tiada apa yang lebih memuaskan daripada melengkapkan jadual penggambaran seperti yang dilakukan untuk filem Dunki di sini, Arab Saudi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Raju dan seluruh pelakon kerana menjadikan penggambaran ini begitu indah.

Terima kasih khas kepada Kementerian Kebudayaan dan Filem di Arab Saudi atas lokasi yang menakjubkan dan layanan yang mesra.

Ambil peluang tunai umrah

@ohbulanofficial

Shah Rukh Khan (SRK) kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah buat pertama kali, sejak kelmarin. Alhamdulillah ? #ohbulan #fyp #biral #trending #sembangentertainment #shahrukhkhan #tunai #umrah #pertama #kali

? Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Walau bagaimanapun, hari ini Shah Rukh Khan menjadi bualan hangat apabila seorang wartawan di Arab Saudi memuat naik gambar Shah Rukh Khan berada di Mekah.

Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan mengerjakan Umrah hari ini di Mekah.

Semoga Allah terima Umrahnya, amin.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir peminat yang memuat naik video beliau yang dikelilingi pengawal peribadi dan orang-orang yang menjaganya ketika di sana.

@sheannnnyy

sharukh khan muslim confirmed #islam #islamic #muslim #trending #bollywood #indian #shahrukhkhan #viral #makkah #medina

? original sound – Arshian

Sumber: Twitter @saudarehman27, Tiktok @sheannnnyy, NDTV

SKIP THIS AD ×