berita

Remaja Dirogol Hingga Hamil Ketika Mahu Buang Santau

October 30th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang remaja mengalami mimpi ngeri apabila dia dirogol sehingga hamil oleh seorang pengamal perubatan ketika dia ingin mendapatkan rawatan bagi membuang santau.

Artikel Berkaitan: Alasan Nak Buang ‘Pendamping’, Bomoh Rogol Gadis 16 Tahun Empat Kali

Tidak datang haid

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz menyatakan, kejadian ini dipercayai berlaku pada November 2022 dan April lalu.

Tambahnya lagi, mangsa yang berusia 15 tahun itu dirogol ketika mendapatkan rawatan dengan suspek, 50.

Pelajar berkenaan memaklumkan dia dirogol semasa proses perubatan dilakukan. Pada 27 Oktober lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima satu laporan kejadian itu.

Mengikut keluarganya, mereka mahu mendapatkan rawatan kerana mangsa dan sekeluarga sering sakit dipercayai terkena santau.

Mangsa mengetahui dirogol apabila mendengar sesi ceramah jenayah seksual di sekolah pada September dan selain tidak didatangi haid.

Ujar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz, mangsa memberitahu ibunya mengenai kejadian tersebut dan kemudian menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dia disahkan mengandung.

Sementara itu, polis juga telah menjalankan siasatan dengan lebih lanjut mengenai kes ini.

Polis menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×