Bagi pesakit kronik, pengambilan ubat secara disiplin adalah sangat penting untuk mencegah diri daripada kejadian yang tidak diingini. Pengambilan ubat-ubatan juga hendaklah mendapat nasihat dan pandangan daripada doktor pakar.
Seperti kisah yang dikongsi Dr Malar Santhi Santherasegapan, seorang pesakit dikejarkan ke zon merah selepas muntah-muntah dan sakit kepala. Selepas menjalani ujian CT scan, didapati terdapat pendarahan di bahagian otaknya.
Muntah sampai tak larat
Sekadar gambar hiasan
Saya ingat lagi pesakit tu, saya shift malam waktu itu. Baru habis makan satay. Tetiba, ada bunyi kereta honk depan pintu emergency. Staff berlari keluar dengan trolley. Pesakit dalam kereta, tak boleh gerak. Anaknya cakap, muntah sampai tak larat.
4 staff keluarkan patient dari kereta. First thing lalu kat fikiran saya, “Lain macam je ni, mesti bukan kes muntah”.
Memang betul. Bila patient dah atas trolley, saya nampak dia langsung tak bukak mata. Tangan dan kaki “tarik”. Panggil nama takde respond. Takde suara. Hanya ada bunyi seperti mengerang kesakitan. Hadoi! Tolak masuk RedZone terus. Pasang BP cuff kat lengan, bacaan 250/120. Saya kira kadar kesedaran dia, Glascow Coma Scale dia 6/15. Sejurus selepas tu, pesakit sawan. Nightmare!!! Ini adalah nightmare bila kerja malam!
Staff saya dah tak perlu diberi arahan, dia orang tahu apa nak buat. Pasang jarum, letak oxygen mask, check gula, itu semua automatic. Saya tanya sejarah sikit je kat ahli keluarga. Info yg saya dapat: Memang ada tekanan darah tinggi lebih kurang setahun, tapi tak makan ubat. Pesakit tak suka makan ubat hospital katanya. Muntah muntah dan sakit kepala sejak petang, nampak lembik, dan ada cakap merapu sikit. Lebih kurang waktu Maghrib, dia jatuh terkulai.
Pesakit kritikal, mata tak buka
Scan kepala yang normal
Kurang dari 2 minit je perbualan. Saya terangkan keadaan pesakit kritikal, mata tak bukak, dah tak sedar walaupun jantung masih berdegup dan masih bernafas, dan tekanan darah sangat tinggi. Verbal consent untuk prosedur intubasi dan rawatan life saving diminta dari ahli keluarga, mereka izinkan. Then bermula lah perjuangan kami dengan pesakit. Bagi Valium iaitu ubat sawan. Bagi ubat pre intubasi, Fentanyl, Midazolam dan Rocuronium.
Tiub pernafasan dimasukkan dalam tekak, atau lebih tepat, ke dalam trachea. Tiub disambung ke mesin ventilator, iaitu pengganti kepada paru-paru. Ubat untuk stabilkan tekanan darah, iaitu Labetolol dimulakan dengan segera. Ubat pelali iaitu campuran Midazolam & Morphine diberikan juga. Kedua-dua ubat ni diberi secara infusion, iaitu berterusan. Ryles Tube iaitu tiub dari hidung ke perut dimasukkan untuk elakkan perut kembung. Tiub kencing dipakaikan.
Update keadaan sikit dekat ahli keluarga. Terangkan pesakit perlukan CT Scan Brain (otak) sebab saya suspect tekanan darah terlampau tinggi telah menyebabkan pendarahan dalam otak. Besar kemungkinan itu yang menyebabkan pesakit sawan. Okay next? Tolak patient ke bilik CT Scan untuk CT Brain (otak). Walaupun dekat je, ini satu lagi nightmare! Macam-macam mesin kena pasang kat patient, dan kena angkut sekali. Mesin ventilator, mesin pantau tekanan darah dan tahap oxygen, dan 2 mesin pam ubat. Itu minimum. Korang kira lah berapa mesin.. Ohh lupa plak.. Tangki oxygen pun kena tolak sekali, biasanya kami letak kat bahagian bawah katil.
Ada pendarahan dalam otak
Putih itu pendarahan
Tolak ke bilik CT Scan dengan penuh berjaga-jaga. Lepas tu, kena transfer dia dan mesin mesinnya ke atas “katil” CT Scan pulak. Haaaaiiiihhhhh… Jangan tanyalah betapa stressnya proses ni semua. Semua ni kena buat secepat mungkin. Sebab setiap minit sangat berharga. Dengan nervous tunggu gambar scan otak terpancar kat computer. Jennngggg jeng jengggg! Dah agak!
PENDARAHAN DALAM OTAK!! BESAR SANGAT!! Sehingga menyebabkan bahagian otak kanan, tertolak ke kiri (midline shift).
*(rujuk gambar)
Satu lagi ubat ditambah, Manittol. Terus saya telefon Pakar Neurosurgery, rumusan kes diberi. Gambar dan video CT Scan dihantar. Terangkan kepada ahli keluarga: Pesakit perlukan pembedahan segera untuk buang ketulan darah tu, iaitu Craniotomy. Tengkorak kepala akan dibuka untuk buang ketulan darah. Pembedahan segera akan menyelamatkan nyawa, dan mungkin boleh pulihkan tahap kesedaran dan fungsi otak pesakit.
Akan lumpuh tak lepas pembedahan? Tak boleh nak cakap sekarang. Bergantung kepada keadaan pesakit lepas pembedahan. Keluarga faham dan setuju! Pakar ready di dewan bedah!! Terus hantar pesakit!! Sekarang korang faham tak moral of the story? Lain kali kalau kerja shift malam, jangan makan satay. Pemakanan satay di waktu malam telah terbukti menyebabkan keJonahan yang tak terhingga. Kalau staff bawak satay, atau orang offer nak belanja pun, korang kena kental jangan makan. Kalau terjonah, jangan cakap Dr Malar tak pesan!
#celotehdrmalar
**Kalau tak suka makan ubat darah tinggi, sila lah suka sukakan diri untuk keadaan dan prosedur sebegini. Boleh kira sendiri berapa banyak ubat terpaksa diberi bila dah dalam kecemasan macam ni. Makan lah ubat mengikut nasihat doktor.
Sumber: Malar Santhi Santherasegapan