Sekadar gambar hiasan
Seorang guru wanita berusia 50 tahun ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di perkarangan sekolah rendah tempatnya mengajar. Lebih mengejutkan apabila mengetahui mangsa sebenarnya dibunuh oleh bekas suaminya sendiri.
Tikam isteri enggan rujuk
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Bandung Kompas.com, insiden ngeri yang berlaku pada 7 Februari lalu di Indonesia dipercayai berpunca apabila suspek dikatakan berang kerana bekas isterinya itu enggan merujuk kembali. Pembunuhan itu berlaku ketika suspek beusia 56 tahun datang ke sekolah berkenaan untuk menemui mangsa dan kebetulan pada ketika itu, dia melihat bekas isterinya sedang berjalan menuju ke bilik darjahnya.
Menurut jurucakap polis, suspek segera mengejarnya dan mereka berdua akhirnya bertengkar. Tidak lama selepas itu, suspek bertindak agresif dengan menikam mangsa.
Mangsa sudah terbaring di situ dan kami tidak dapat membantu mangsa ke hospital kerana dia sudah meninggal dunia.
Dakwanya lagi, pihak polis yakin sebenarnya pembunuhan tersebut telah dirancang memandangkan suspek ada membawa senjata tajam berupa pisau dari rumah ke sekolah mangsa.
Bakal dipenjara seumur hidup
Sekadar gambar hiasan
Selepas membunuh bekas isterinya, suspek tidak melarikan diri sebaliknya dia terus menunggu di tempat kejadian sehinggalah pihak polis tiba dan menahannya. Difahamkan, suspek telah ditahan dan jika sabit kesalahan, dia bakal dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Hasil daripada siasatan awal mendapati terdapat beberapa motif pembunuhan antaranya ialah suspek berang kerana bekas isterinya (mangsa) enggan berdamai dan merujuk kembali bersamanya. Selain itu, suspek dikatakan mahu menghadiri majlis perkahwinan anak bongsu mereka namun anak itu tidak membenarkannya datang kerana dia tidak pernah menjaga anaknya selama 22 tahun.
Difahamkan, suspek dan mangsa telah bercerai sejak tahun 2007 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata. Anak sulung mereka sudah berkahwin manakala anak bongsu mereka akan berkahwin pada hujung minggu ini.
Sumber: Bandung Kompas.com