berita

‘Engkau Mati Satu Kali, Namun Hidup Selamanya Amirah’

September 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, seorang suami yang dikenali sebagai Muhammad Ihsan berkongsi kisah sedih mengenai pemergian isteri tercinta disebabkan wabak Covid-19. Lebih menyedihkan, pasangan tersebut mempunyai cahaya mata yang baru berusia 16 bulan.

Ikhlaskan kanda

Menurut Ihsan, isterinya iaitu Amirah merupakan seorang guru yang sering mengajarnya untuk menjadi lebih baik sebagai manusia. Bahkan, wanita itu memintanya untuk ikhlas dengan ketentuan yang bakal berlaku. Sebagai suami, Ihsan tidak menyangka bahawa jodoh mereka bakal berakhir apabila isterinya disahkan positif Covid-19.

Rindu untuk memelukmu

Sewaktu disahkan positif Covid-19, Ihsan memberitahu isterinya ingin menonton sebuah filem. Di akhir filem tersebut, terdapat satu babak mengenai perpisahan dan kedua-dua mereka tersentuh melihat babak itu. Pada 19 September, Ihsan memaklumkan yang isterinya telah dimasukkan ke ICU dan keadaannya pada waktu itu sangat kritikal.

Ucap selamat ulang tahun

Meskipun tengah berjuang untuk melawan wabak tersebut, isterinya sempat meninggalkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran pada hari keesokannya. Detik demi detik, doktor memberitahu keadaan isterinya semakin merosot dan sebagai suami, Ihsan telah menyediakan beberapa kelengkapan seperti yang diwasiatkan oleh isterinya.

Pada 23 September, doktor telah mengesahkan yang isterinya sudah meninggal dunia. Meskipun berat untuk mendengar berita tersebut, Ihsan dan anaknya Aruna redha akan pemergian Amirah.

Sumber: Ihsan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×