Usahawan terkenal, Engku Emran meraih perhatian netizen selepas meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya, Allahyarham Hajah Salmah Abu Bakar menerusi hantaran di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: Ibu Engku Emran, Mentua Noor Nabila Meninggal Dunia
Rindukan arwah ibu
Menerusi hantaran tersebut, Emran atau nama sebenarnya Engku Emran Engku Zainal Abidin memuat naik gambar bersama anaknya Engku Aleesya ketika selesai menunaikan solat hajat di masjid.
Menurut Emran, gambar tersebut diambil bersama Aleesya sekitar lima hari sebelum pemergian ibundanya yang tercinta.
Assalamualaikum mummy. Pagi ni Emran bangun Emran rindu sangat dengan mummy. Gambar ni Emran ambil lima hari sebelum mummy meninggal.
Emran baru lepas solat Maghrib and solat hajat dengan Aleesya masa ni di Masjid Wilayah.
Masa ni Emran takut kehilangan mummy sangat-sangat sebab tu Emran mintak tolong Aleesya teman Emran solat hajat utk mummy.
Di akhir hantarannya itu, Emran mendedahkan bahawa dia tidak akan pernah berhenti untuk mendoakan agar roh arwah ibunya itu sentiasa dicucuri rahmat.
Emran tahu mummy berada di ‘tempat’ yang lebih baik sekarang ini. Seperti mana yagn Emran bisikkan pada mummy sebelum kebumikan mummy, Emran takkan pernah terlepas mendoakan mummy setiap kali Emran solat.
Netizen beri kata semangat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat Emran agar dirinya terus kuat dan tabah menjalani kehidupan tanpa seorang ibu di sisi.
Sekadar info, ibu kepada Emran iaitu Allahyarham Hajah Salmah Abu Bakar telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 2 Julai 2023 yang lalu.
Sumber: Instagram