
Pelakon dan anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi meluahkan rasa bengang apabila mendakwa sikap bertolak ansurnya diambil kesempatan oleh segelintir pelajar Institusi Pengajian Tinggi yang mengundang kumpulannya untuk mengadakan persembahan.
Artikel Berkaitan: Eric Fuzi Lega Individu Berhutang Tampil Bayar – ‘Baki Mungkin Sekitar 20 Hingga 50 Peratus’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eric Fuzi & Fimie Don Buat Podcast Berendam Dalam Kolam – ‘Dah La Seluar Dalam Aku Satu Je Ni’
Kena sidai
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Eric, 33, berkata dia sentiasa terbuka untuk menerima jemputan daripada para pelajar malah sanggup mengenakan kadar bayaran istimewa kerana memahami situasi mereka.
Eric berkata demi memudahkan urusan penganjur dia bersedia membuat persembahan terlebih dahulu dan menerima bayaran penuh selepas acara tamat.
Kita beri sokongan adik-adik universiti yang nak buat event panggil kita (Floor 88) buat persembahan sampai kita tak ambil deposit dan bayaran penuh sebelum naik ke atas pentas.
Harga pun harga adik-adik tapi janganlah ‘lipat’ abang-abang yang dah beri sokongan terhadap event awak ni.
Bagaimanapun, Eric berkata tindakan para pelajar yang membiarkan mereka tanpa sebarang maklum balas itu tidak wajar.
Sidai berbulan. Jangan sampai abang tanya terus ke universiti awak.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan Eric.
Sumber: Threads








