
Penulis skrip drama Keluarga Itu, Erma Fatima menafikan dakwaan yang mengatakan watak ‘Ansara’ lakonan Fattah Amin mempunyai kaitan dengan realiti kehidupan sebenar aktor tersebut.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watak ‘Ansara’ Didakwa Sama Dengan Realiti Fattah Amin? – ‘Itu Kena Tanya Penulis Skrip’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Gembira Dapat Jumpa Fatima, Bakal Beraya Bersama Pada Hari Ketiga & Keempat – ‘Kami Bergilir-Gilir’
Tiada kaitan dengan Fattah
Erma atau nama sebenar Fatimah Rahmad Ali, 57, menegaskan, skrip naskhah tersebut siap ditulis sebelum terjadinya kemelut rumah tangga Fattah dan bekas isteri, Nur Fazura.
Saya tulis skrip cerita itu sebelum dia dan Fazura cerai, netizen jangan main tuduh-tuduh.
Saya tawarkan watak tersebut kepada Fattah sebelum dia bercerai. Jelas di sini, tiada kena mengena dengan kehidupan sebenar dia. Tiada kena mengena dengan kisah hidup Fattah.
Disoal mengenai penjiwaan lakonan Fattah yang sampai ke hati penonton, Erma menjawab aktor itu berjaya mendalami watak yang diberikan dengan cemerlang.
Mungkin dia dapat menjiwai watak tersebut disebabkan ketika itu sedang tertonggeng-tonggeng (rumah tangga dilandai badai) agaknya.
Sebelum ini, Fattah atau nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin tidak menafikan ada sedikit persamaan dengan kehidupan sebenar dirinya selepas membaca skrip ditulis Erma.
Pun begitu, sebagai pelakon, dia hanya menjalakan tanggungjawab dan mengikut tuntutan pengarah dan penulis skrip.