Susulan berita perceraian pelakon terkenal Indonesia iaitu Baim Wong, pengarah dan penerbit Erma Fatima menyatakan sokongannya terhadap aktor tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Betul, Saya Sudah Failkan Cerai’ – Baim Wong
Artikel Berkaitan: Dituduh Curang Dengan Kawan Baik Suami, Paula Verhoeven ‘Balas’ Dengan Ceramah & Kata-Kata Islamik
Kata-kata semangat
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Erma atau nama lengkapnya Fatimah Rahmad Ali berkongsi video temu bual Baim bersama pihak media.
Pada ruangan kapsyen, Erma turut memberikan kata-kata semangat buat Baim yang dianggap seperti anaknya sendiri.
Tak mengapa anakku. Tidak ada gunanya mempertahankan cinta yang dikhianati. Ada yang lebih harganya iaitu maruah. Simpan saja kesakitanmu.
Pengarah berusia 56 tahun itu juga menasihati Baim agar dia mengadu kesedihannya kepada Allah SWT dan percaya akan ada hikmah di sebalik setiap ujian.
Kenangan manis mahupun pahit kerana ketika kamu akad janji kamu kepada Allah, bukan kepada dunia. Maka, menangislah sepuasmu dan adukan hanya kepadaNya kerana Dia maha tahu apa yg terbaik buat kamu.
Insya-Allah pasti ada yang lebih baik Allah gantikan buat kamu. Stay cool!
Dalam satu hantaran lain, pelakon filem Laila Isabella itu berpendapat ada juga segelintir wanita yang berlaku curang terhadap pasangan mereka.
Curang? Dah tentu orang tak percaya kepada Baim kan?
Bila bab curang ini selalunya kita salahkan lelaki. Tetapi, tak pelik di zaman sekarang ini, kalau isteri pun banyak yang sudah curang.
Terdahulu, aktor dari negara seberang itu telah memfailkan perceraian terhadap isterinya Paula Verhoeven pada Isnin.
Baim turut mendedahkan perbuatan curang Paula bersama rakannya adalah punca kepada perceraian tersebut.
Untuk rekod Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada November 2018. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang kini berusia dua tahun.
Sumber: IG Erma Fatima