Perilaku penyondol yang semakin berani mencabar keharmonian rumah tangga orang secara terang-terangan amat menggusarkan kaum wanita khususnya mereka yang bergelar isteri.
Artikel Berkaitan: Video CSR Dandan Rambut Warga Emas Viral, Erna Elliyana Beri Amaran Jangan Abai Ibu Bapa!
Artikel Berkaitan: Erna Elliyana Desak ‘Influencer’ Tarik Balik Kenyataan Fitnah, Henti ‘Hentam’ Kamya Fest
Seram sejuk rasa
Menerusi siaran langsung di TikTok, pelakon dan penyanyi, Erna Elliyana Rosli yang juga merupakan seorang isteri tampil mengulas pendapat sendiri.
Kata Erna, 34, apabila berlakunya ‘sondol’ dalam rumah tangga itu bermakna sudah dekat dengan perkara kemungkaran iaitu zina.
Saya sebenarnya no comment sebab… eh sejuk saya cakap pasal penyondol ni!, tapi ia tiada kena-mengena dengan diri sendiri. Alhamdulillah suami saya punya bumper okay!
Ramai yang tidak sedar, bila membenarkan penyondolan itu berlaku, bererti ia sudah dekat dengan zina. Apabila mendekatkan diri dengan perkara seperti itu, perlu ingat bagi kita yang berniaga, rezeki tak berkat.
Memahami setiap yang berlaku dengan izin Allah SWT, Erna turut berkongsi tips kepada pengikutnya mengenai amalan doa yang sering dipanjatkan supaya keluarganya sentiasa dalam lindungan Maha Esa.
Saya selalu amalkan doa ini. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kau jauhkanlah diriku dan keturunanku daripada kelazatan melakukan maksiat.
Saya nak Allah jauhkan saya dari lazatnya melakukan maksiat. Bila saya tak rasa lazat, saya tak buat maksiat.
Kena selalu berhias
Dalam pada itu, pemilik nama Erna Elliyana Rosli mengingatkan kepada kaum hawa untuk sentiasa menjaga penampilan jika mahu mengikat pandangan suami.
Bukan isteri sahaja, suami juga tidak boleh kedekut berhabis wang ringgit demi memastikan isteri sentiasa kelihatan lawa dan menawan.
Suami pun kalau nak lihat isteri cantik, kenalah beri nafkah lebih supaya isteri boleh merias diri. Suami kena main peranan.
Saya masa kenal dengan suami saya dulu, kulit saya agak gelap. Saya pernah tanya dia kenapa nak kahwin dengan saya sebab saya tak berapa cantik. Suami cakap dia pilih saya kerana ada otak.
Alhamdulillah 11 tahun melayari rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, sampai sekarang suami sentiasa mahu saya kelihatan menarik. Dia selalu galakan saya ke spa, jaga kulit dan mengambil suplemen yang mengandungi bahan-bahan premium dan terbaik.
Suami-suami jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak kerana mereka adalah lubuk rezeki anda.
Diskaun RM60
@kamya.my Banyak luahan dari comment kalau join TikTok LIVE Kamya ? #duitraya2023 #fyp #malaysia #foryoupage ? original sound – Kamya.my
Sempena kedatangan ramadan, Kamya Glow memperkenalkan kempen Cantik Before Raya yang menawarkan harga promosi RM69 sahaja (harga asal RM129).
Apa yang mengujakan, setiap pembelian layak memenangi duit raya melalui cabutan bertuah akan dilakukan secara rawak serendah RM2 hingga RM50. Di mana wang tunai keseluruhan yang ditawarkan adalah RM5,000.
Kelebihan produk Kamya Glow, pengguna dapat melihat kesannya seawal 7 hari. Pengambilan konsisten setiap hari akan memberikan kesan kulit cerah sekata, menghilangkan kekusaman, jerawat dan jeragat. Paling best Kamya Glow juga membekalkan tenaga kerana ia tinggi anti oksida dan vitamin c.