berita

‘Saya Yakin Ernie Boleh Ganti Saya’ – Siti Nurhaliza

December 4th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Biarpun Siti Nurhaliza sudah tidak lagi bertanding dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), beliau bersikap terbuka jika pencipta lagu Anta Permana, Hael Husaini dan Ezra Kong mahu mencalonkan single itu dalam Muzik Muzik 34.

Single Anta Permana yang menyaksikan persembahan vokal berbeza daripada Siti berjaya mencipta rekod dengan lebih 6.4 juta tontonan dalam tempoh sebulan sebaik dilancarkan di YouTube. Sekaligus ianya pantas menarik perhatian netizen hingga rakaman video parodi tular.

Erni Zakri pengganti terbaik

Menerusi laporan Berita Harian, Siti memberitahu, Hael dan Ezra pernah bertanya mengenai kemungkinan mereka mencalonkan lagu Anta Permana dalam MM34 kepada beliau.

Hael dan Ezra pernah bertanya kepada saya soal ini dan kami sudah berbincang. AJL adalah pertandingan lagu, jadi terpulang kepada mereka untuk menyertainya.

Bercakap mengenai pengganti Siti yang bakal mendendangkan lagu berkenaan, beliau juga menyerahkan soal terbabit di tangan komposer.

Saya tak kisah lagu ini dicalonkan tapi untuk memilih siapa penyanyinya, saya letakkan keputusan di tangan mereka.

Hael dan Ezra yang akan memilih siapa yang patut menyanyi.

Namun, secara peribadi, saya membayangkan Ernie Zakri. Ini kerana saya suka melihat kemampuan Ernie dalam menyanyikan lagu tradisional dan balada.

Bakal adakan konsert solo

Kini, Siti sibuk membuat persiapan menjayakan konsert solo di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Buat masa ini, saya belum lagi boleh berkongsi maklumat lanjut. Insya-Allah pada sidang media nanti saya kongsi banyak perkara.

Saya sangat gembira untuk konsert ini, kali terakhir saya mengadakan konsert yang besar dan gah adalah konsert Siti & Friends .

Saya mahu ulangi kegemilangan itu dengan mengadakan konsert di tiga negara.

Namun, selepas lama berehat sejak melahirkan Siti Aafiyah, Siti mengaku bukan mudah menjayakan konsert berskala besar.

Mahu mendapatkan momentum semula dan menyanyikan lagu bernota tinggi… Semuanya memerlukan stamina yang baik.

Seperti enjin kereta, apabila sudah lama tidak digunakan, ia akan karat… Sama juga dengan saya.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×