berita

Ernie Simpan Rahsia Penyanyi Ganti ‘Boneka’ Di AJL36, Mira Filzah Teka Bakal Nyanyi Dari Rumah

March 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berbaki dua hari sahaja lagi, Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Ahad ini. Selain finalis, penonton setia AJL sudah pasti tidak sabar untuk melihat persembahan artis kesayangan mereka nanti dan mengetahui keputusan lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Seperti umum sedia maklum, 12 buah lagu bakal berentap di pentas berprestij tersebut. Namun, teka-teki mengenai penyanyi ganti Ernie Zakri masih menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

Nervous!

Di Instagram, Ernie Zakri memuat naik sebuah posting dan menyatakan bahawa bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu Ke-36 kian terasa. Sebagai salah seorang finalis, Ernie meluahkan rasa gementar. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mula bertanya kepada Ernie mengenai penyanyi ganti yang akan membawakan lagu ‘Boneka’ nanti. Tambah netizen, mereka tidak sabar untuk mengetahui mengenai perkara tersebut memandangkan Ernie baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama, baru-baru ini.

Netizen juga menyatakan perasaan gementar kerana sehingga ke saat ini teka teki tersebut masih belum berjaya dirungkai. Ujar netizen, mereka mahukan Syamel sebagai pengganti Ernie nanti. Ini kerana, Syamel merupakan individu yang sangat dekat dengan Ernie dan boleh melakukan latihan bersama setiap hari.

Nyanyi live dari rumah nanti?

Selain netizen, pelakon dan pengacara iaitu Mira Filzah turut berteka-teki mengenai pengganti Ernie. Menurut Mira, adakah Ernie akan membuat kejutan dan menyanyi dari rumah untuk AJL kali ini.

Adakah awak akan buat surprise nyanyi live di rumah? Eh. Ahahaha.

Menjawab respon daripada Mira Filzah, Ernie memberitahu idea pelakon tersebut sangat menarik dan boleh dipertimbangkan. Namun begitu, netizen yakin bahawa Ernie sudah ada calon yang sesuai dan sengaja mahu merahsiakan hal tersebut sehingga Ahad nanti. Jadi, kalau korang nak tahu siapa penyanyi ganti Ernie, korang kena tonton AJL36 okay!

Sumber: Ernie Zakri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×