Penyanyi Ernie Zakri berkongsi cara suaminya, Syamel mengawal kemarahannya dalam hubungan rumah tangga.
Artikel berkaitan: Ernie Zakri Kongsi Khabar Duka, ‘Tulang Belakang’ Ernienators Meninggal Dunia – ‘Dia Orang Pertama Percaya Saya’
Artikel berkaitan: ‘Ada Yang Kata Anak Saya Tak Comel, Sedih’ – Ernie Zakri
Terap cara Rasulullah
Menerusi perkongsian di TikTok, Ernie berkata, suaminya menerapkan cara Rasulullah melayani isterinya ketika marah.
Tapi kalau betul ada perselisihan faham pun saya akan merajuk dulu lah. Merajuk itu adalah satu perkara yang wajib ya. Kalau saya tak merajuk, saya tak puas.
Tapi satu benda yang dia selalu kongsi dengan saya tentang Rasulullah dan Aisyah. Rasulullah sendiri kalau dia marah, dia akan datang balik dekat Aisyah dan peluk dan Syamel cuba untuk menerapkan kelembutan dalam hubungan.
Dalam pada itu, Ernie memberitahu Syamel sentiasa mengalah jika berlaku perselisihan faham.
Sebab saya adalah orang yang kalau kita marah, marah betul kalau kita merajuk, merajuk kan tapi at the end of the day, memang suami saya yang akan beralah.
Pada dia, beralah itu adalah satu kemenangan. Dia beralah, dia kata dia dapat balik hubungan itu dia dapat balik keberkatan dalam rumah tangga.
Jadi dia tak pernah rasa malu untuk beralah jadi benda tu yang saya belajar. Bila setiap kali saya rasa macam nak marah ke apa saya akan macam ‘it’s okay benda ni boleh settle’.
Tambah Ernie, dia juga menapis kandungan untuk dikongsikan di media sosial.
Tak banyak sebenarnya yang kita kongsi di media sosial ada perkara tertentu yang kami suka kongsi terutama kepada peminat kami. Kadang-kadang cringe jugak tengok diri sendiri ‘aduh gedik betul aku ni’.
Untuk rekod, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: TikTok