Di TikTok, pelantun suara ‘Korban’ iaitu Ernie Zakri tampil memohon maaf kerana mengubah lirik lagu Dawai semasa menyanyikannya pada malam konsert Patah Hati 2.0, Khamis lalu.
Artikel Berkaitan: Lebih 2,000 Penonton ‘Patah Hati’ Dengar Lagu Sentimental Malar Segar Malaysia & Indonesia
Artikel Berkaitan: Bunkface Undur Diri, Ernie & Syamel Bakal Meriahkan Konsert Patah Hati 2.0
Saya mohon maaf
Menerusi rakaman video berdurasi 3:06 itu, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, dia menyedari kesilapan yang telah dilakukan semasa menyanyikan lagu dipopularkan penyanyi Indonesia iaitu Fadhilah Intan itu dan berjanji tidak akan melakukan kesilapan yang sama selepas ini.
Saya ada baca komen tanya kenapa salah lirik. Saya tahu ramai peminat lagu Dawai jadi saya memohon maaf. Saya mengaku memang salah saya.
Tambah Ernie, dia sedikit sibuk ketika konsert minggu tersebut, namun tetap mencari masa untuk menghafal lirik kerana dimaklumakan prompter tidak disediakan. Ujarnya lagi, dia tidak melakukan kesilapan semasa latihan.
Sejujurnya ketika saya diberi tugas menyanyikan lagu Dawai itu oleh pihak penganjur Patah hati 2.0 saya tak sempat nak dengar betul-betul lagu itu. Saya memang tahu chorus dia sebab selalu tengok TikTok tapi saya tak tahu lirik daripada awal. Maksudnya saya tak familiar sangat lagu ini cuma tahu bahagian chorus saja.
Tapi saya hafal sebab saya tahu tak ada prompter. Masa latihan saya sangat yakin tapi bila dah menyanyi dan menghayati sampai rasa seronok saya lupa lirik. Ia memang normal dan terjadinya pada saya.
Video
@secretlover.ez Kepada peminat lagu #dawai maafkanlah kakninie ya? cian dia.. #faktorusia katanya? #CapCut #erniezakri #dawaifadhilahintan #dawaierniezakri #konsertpatahhati2 #galau #healing #ernienators
Sumber: Secret Lover