berita

Ernie Zakri ‘Rebut’ Dari Nadeera, Bakal Berentap Di Pentas SFMM38 Esok

December 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Desas-desus mengenai lagu ‘Astana’ terjawab apabila penyanyi asal lagu tersebut, Ernie Zakri bakal menyanyikan sendiri lagu berkenaan pada Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM 38) pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya & Komposer Berhak Menarik Diri Daripada Semi Final Muzik-Muzik’ – Ernie Zakri Buka Mulut Isu Lagu Astana

Lega dapat nyanyi lagu Astana

Perkara itu diumumkan sendiri syarikat rakaman yang mewakili Ernie iaitu Universal Music Malaysia dalam satu kenyataan yang dihantarkan kepada OhBulan!.

Menurut mereka, perkara tersebut diputuskan selepas pihak syarikat rakaman Rocketfeul menghubungi mereka pada Khamis.

Rocketfuel ada menghubungi kami untuk berbincang perkara ini. Selepas mengambil kira banyak perkara selain tidak mahu membiarkan isu ini berlanjutan, jadi Universal Music Malaysia bersetuju dan membenarkan Ernie selaku penyanyi asal dan komposer lagu Astana untuk membuat persembahan.

Berhubung terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dengan Media Prima Berhad, pihak RIM menyerahkan perkara ini kepada kami di Universal Music Malaysia untuk membuat keputusan. Ditambah lagu ini sudah pun dicalonkan sejak Februari.

Pada masa sama, kami tidak mahu isu ini terus berpanjangan dan diperdebatkan. Diharap pihak terbabit segera mencari solusi terbaik.

Dalam pada itu, Ernie meluahkan rasa leganya apabila dapat menyanyikan sendiri lagu ciptaannya itu.=

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, saya selaku penyanyi asal dan komposer lagu ini sudah tentu mahu menyanyikan lagu ini. Mana mungkin tidak. Malah, tidak pernah sekali saya berkata atau mengeluarkan kenyataan tidak mahu dan tarik diri.

Jadi, selepas melalui proses perbincangan yang panjang antara semua pihak dan pihak Universal Music Malaysia pun tidak pernah menghalang saya untuk menyanyikan lagu ini, saya dengan penuh gembira akan menggalas sendiri tanggungjawab untuk mempersembahkan lagu Astana.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak Universal Music Malaysia yang sentiasa memahami dan percaya akan bakat saya. Kepada peminat dan semua pihak yang sentiasa ambil berat, saya hargai sokongan anda.

Terdahulu, RIM dan MPA memaklumkan bahawa pihak mereka masih melakukan rundingan bersama pihak Media Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di TV3.

Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata, sesi dialog di antara semua pihak yang terlibat sudah pun dilakukan Ogos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan.

Malah, Universal Music Malaysia dalam satu kenyataan lain memaklumkan bahawa Ernie selaku artis yang kini di bawah naungan mereka begitu cakna mengenai kenyataan RIM dan MPA mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam Muzik- Muzik yang masih dalam perundingan.

Sekadar info, lagu Astana yang merupakan ciptaan bersama Ernie dengan Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman telah pun diumumkan sebagai salah satu lagu yang tercalon pada Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu.

Video

@ohbulanofficial #ohbulan #sembangentertainment #SFMM38 ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×