Ingin mencuba kelainan, pelakon Erysha Emyra memberitahu dia mengidamkan membawa watak antagonis atau wanita jahat dalam mana-mana naskhah akan datang.
Artikel Berkaitan: Jadual Kerja Erysha Emyra Padat Hingga 2025 – ‘Alhamdulillah, Tak Sangka Dengan Rezeki Dikurniakan’
Artikel Berkaitan: Erysha Emyra Tak Halang Jika Ibu Mahu Kahwin Lagi – ‘Saya Izinkan, Siapa Kita Untuk Menolak Jodoh’
Watak antagonis
Erysha atau Nur Erysha Emyra Zakaria, 25, berkata, meskipun dia mengenakan hijab, namun itu bukan penghalang untuknya menjayakan watak berkenaan.
Saya selalu dapat watak perempuan melayu terakhir, saya mahu buktikan walaupun bertudung boleh versatil. Namun masih meletakkan limitasi.
Saya ingin cuba watak lain pada masa akan datang, sebagai contoh watak antagonis.
Dalam realiti pun, bukan semua wanita bertudung baik. Saya boleh bawa watak sedemikian.
Erysha berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.
Mengakui belum pernah menerima tawaran watak antagonis, anak kepada pelakon terkenal Datin Seri Noniswara itu juga berharap dapat berlakon dalam naskhah genre aksi.
Tapi setakat ini masih belum dapat tawaran antagonis, tapi berharap.
Selain antagonis, saya cuba ingin cuba watak dalam drama atau filem aksi.
Saya ingin lari daripada skiptikal orang mengatakan pelakon bertudung sangat terhad wataknya.