Pelakon Erysha Emyra mengakui tidak tahu menahu mengenai perkongsian dibuat ibunya, Datin Seri Noniswara yang mendedahkan ada menerima lamaran lelaki ingin mengenali hati budinya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Meerqeen Kongsi Air & Makanan Dengan Erysha Emyra, Netizen Kata – ‘Sweet Sangat! Bersemut Skrin Telefon’
Artikel Berkaitan: Erysha Emyra Dikecam Imej Tidak Selari Dengan Watak Bertudung Labuh – ‘Ada Hari Iman Naik Turun’
Ibu dilamar
Menurut Erysha, 25, dia bagaimanapun memahami perasaan ibunya yang mungkin kesunyian selepas pemergiaan suami tercinta iaitu Allhayarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad setahun lalu.
Sebenarnya saya tak perasan pun perkongsian dia. Saya tak nak komen banyak, tapi saya tahu mungkin hati dia masih sedih la. Kadang-kadang dia telefon anak-anak, kata rasa sunyi.
Sebab sebelum ini dia memang selalu luangkan masa dengan suaminya. Sekarang dia cuba untuk sibukkan diri dengan keluar dengan anak-anak dan kawan. Kadang-kadang dia sibukkan diri dengan buat kerja di rumah.
Erysha berkata demikian ketika ditemui di sidang media tiga buah drama terbitan Astro iaitu Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Selasa.
Izinkan kahwin
Berkongsi lanjut, pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 36 berkata, dia dan adik-beradiknya terbuka sekiranya ibu mereka mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Sudah tentu (izinkan kahwin) sebab kita dalam dunia ini siapa kan, siapa kita untuk menolak jodoh.
Kalau memang betul ada jodoh, ada orang datang melamar dan nak jaga dia, siapa kita untuk menolak.
Cuma anak-anak nak kenal dulu, dia kena bawa jumpa kita dan duduk sama-sama. Kalau kami rasa okay, okay lah.
Dalam pada itu, Erysha juga memberitahu ibunya kini melalui fasa yang berbeza dan sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
Kami ada la berkongsi cerita, dia cerita dekat saya macam mana perasaan dia sekarang. Saya rasa makin lama, dia dah okay dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.
Kita tahu dia pernah bercerai, tapi ini kali pertama dia kehilangan suami disebabkan kematian, jadi benda itu berbeza untuk dia. Saya rasa dia melalui fasa yang berbeza.