Pelakon Erysha Emyra tidak bersetuju dengan tindakan segelintir anak muda yang bangga menayang keputusan gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adik Meerqeen Dapat 9A SPM, Momen Keluarga Tunggu & ‘Check’ Keputusan Curi Tumpuan!
Artikel Berkaitan: Adik Ubai MZ Peroleh ‘Straight A’ SPM 2023, Hadiah Buat Arwah Ibu – ‘Hajat & Impian Mak Tercapai’
Pendidikan penting
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Erysha berkata, individu tersebut tidak perlu membiasakan budaya seperti itu. Ini kerana, pendidikan sangat penting buat semua.
Saya kurang setuju apabila ada yang buat ‘content’ dalam media sosial tentang kegagalan dalam SPM dan anggap semua itu tidak penting.
Bagi saya, pada peringkat apa pun, pendidikan adalah penting. Kalau gagal sekalipun, jangan begitu bangga apatah lagi galakkan orang dengan pencapaian sebegitu. Jangan normalisasikannya.
Erysha yang pernah meraih keputusan cemerlang 9A pada SPM 2016 turut berkongsi sebab dia menangguhkan hasrat melanjutkan pengajian di universiti.
Menurut Erysha, dia mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya seni terlebih dahulu.
Buat masa ini saya tangguh dulu hasrat sambung belajar. Apabila sudah bekerja ada tanggungjawab yang perlu saya laksanakan. Jadi, sekarang biarlah saya bekerja dahulu.
Terdahulu, seorang lepasan SPM 2023 telah memuat naik status di TikTok dengan menunjukkan dia gagal kesemua subjek dan tidak hadir bagi dua mata pelajaran. Remaja itu turut memberi pesanan kepada pelajar yang gagal sepertinya untuk percaya kepada progres.
Susulan daripada itu, netizen mula mempersoalkan di mana dia mendapat keyakinan untuk memuat naik slip SPM seteruk itu di media sosial dan kemudian menyatakan dia harus percaya kepada progres atau kemajuan?