berita

‘Esok Kalau Kau Datang Sini, Tengok Aku Dah Keras!’

January 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: Skuad Pengurusan Jenazah

Setiap makhluk bernyawa yang hidup di dunia ini termasuk manusia semestinya mengalami kematian. Bahkan, tiada siapa pun yang mampu melarikan diri daripada merasai kematian yang sudah ditentukan oleh Allah SWT.

Di Facebook, Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) Malaysia, berkongsi pengalaman menyempurnakan jenazah seorang lelaki yang meninggal dunia sendirian di dalam bilik sewanya di Taman Bunga Raya, Kuala Lumpur.

Hidap pelbagai jenis penyakit

Foto: Skuad Pengurusan Jenazah

Petang tadi kami menguruskan satu jenazah lelaki dewasa yang meninggal dunia sendirian di dalam bilik sewanya di Taman Bunga Raya, KL. Arwah yang masih bujang berusia 47 tahun itu dikatakan baru seminggu keluar dari hospital dengan kerelaan sendiri kerana menghidap pelbagai jenis penyakit.

Esok kalau kau datang sini tengok aku dah keras (mati)!.

Menurut Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ), arwah berasal dari Kedah dan masih mempunyai seorang ibu yang berkerusi roda. Ibu arwah dipercayai menetap di Jengka, Pahang. Adik-beradiknya yang lain pula menetap di sekitar Kuala Lumpur. Tambah SPJ, arwah tinggal bersendirian di bilik sewanya kerana dikatakan tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya yang lain.

Sebelum arwah meninggal dunia, salah seorang rakan arwah telah menghubunginya untuk bertanyakan khabar mengenai soal kesihatan. Menurut arwah dengan nada yang bergurau, dia akan meninggal esok sekiranya rakannya itu datang melawat. Rakan arwah juga tidak mengesyaki apa-apa kerana arwah dikatakan memang suka bergurau dengan rakan-rakannya. Namun, setelah beberapa kali gagal dihubungi sejak awal pagi semalam, rakannya bergegas ke bilik sewa arwah sebelum menemui dirinya sudah tidak sedarkan diri.

Meninggal dunia sekitar 2 hingga 4 pagi

Jenazah arwah telah diuruskan di Kontena Wakaf SPJM dengan kekuatan 2 jentera skuad SPJM kerana arwah berbadan besar sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak seusai Maghrib sebentar tadi.

Di akhir posting tersebut, SPJ memberitahu bahawa arwah berkemungkinan telah meninggal dunia sekitar jam 2:00 hingga 4:00 pagi. Mereka turut berdoa agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×