Minggu pertama Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) menyaksikan enam peserta tersingkir iaitu Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther dan Jill Gaisah.
Artikel Berkaitan: Pernah Kalah Dengan Tomok Musim Ketiga OIAM, Esther Kembali Dengan Semangat Yang Baru – ‘Siapa Tahu Kali Ini Dinobatkan Juara’
Artikel Berkaitan: Persembahan ‘Comeback’ KRU Di Pentas CSOIAM Ubati Hati Peminat Fanatik, Bukti Masih Terhangat Di Pasaran
Berpuas hati
Bekas naib juara OIAM musim ketiga, Esther mengakui tidak menyangka dengan penyingkiran tersebut namun menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.
Saya terkejut apabila diumumkan sebagai salah seorang yang tersingkir. Bukanlah saya terlalu yakin tetapi saya rasa sudah lakukan yang terbaik.
Saya tahu selok belok sesebuah rancangan TV, jadi saya terima keputusannya. Walaupun keputusannya tidak dijangka, tapi saya pulang ke Sabah dengan bermaruah.
Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 37 tahun itu tetap berpuas hati dengan persembahannya terutama apabila mendapat pujian daripada guru vokalnya.
Guru vokal kami berkata, saya menyanyi dengan bagus pada malam ini. Jadi, saya berpuas hati kerana dapat menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu dengan baik.
Malah saya juga berpuas hati dengan komen yang diberikan oleh juri. Pada saya mereka memberikan komen yang positif.
Ubah penampilan & nyanyian
View this post on Instagram
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Negeri Di Bawah Bayu tersebut berkata, jika diberikan peluang dia mahu membuat penambahbaikan dari segi nyanyian dan juga penampilannnya.
Apa yang saya nak ubah antaranya adalah penampilan saya, maklumlah saya pun sudah berumur.
Cara nyanyian saya juga perlu diubah, saya akan menambah baik lagi sesuai dengan pertandingan CSOAIM ini dan memenuhi kemahuan penonton.
Untuk info, CSOIAM pada minggu kedua akan membawa tema Memori Indah Segar Membara.
Seramai 14 peserta yang terpilih iaitu Dhania, Mariam, Zazzleen, Kai Deva, Hafiz Zainal, Rezza Shah, Aniq Iffat, Hazimi, Erfarina, Alya, Eylia, Dayangku Iffah, Mary Grace dan Trio XL bakal berentap pentas CSOIAM untuk merebut wang tunai berjumlah RM1 juta.
CSOIAM ini dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Haniff Hamzah serta menampilkan juri tetap Ziana Zain, Datuk Yusry Abdul Halim dan Cakra Khan. Manakala selebriti undangan adalah Dayang Nurfaizah, Yuna dan Datuk Nash.
Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi TONTON.