berita

Eva Mendes Dikatakan Hamil 7 Bulan, Ryan Gosling Tetap Tak Mahu Kahwin

July 11th, 2014 | by Noraniza
Hollywood

Screen Shot 2014-07-11 at 2.04.57 PM

Maka bergenang lah air mata wanita sekalian apabila si kacak Ryan Gosling dikatakan merupakan bapa kepada kandungan kekasihnya, Eva Mendes. Ala…Punahla impian nak jadi isteri Ryan kan? Huhu.

Namun, menerusi laporan Elle Malaysia, Ryan dikatakan tetap tidak mahu berkahwin dengan kekasihnya itu meskipun Eva didakwa sudah hamil 7 bulan.

Bagaimanapun, Ryan tetap akan menjaga anak itu dengan sepenuh perhatian kerana dia dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah.

Screen Shot 2014-07-11 at 1.58.56 PMMesti comel kan anak Eva Mendes dan Ryan Gosling nanti

“Ryan tidak fikir mereka perlu berkahwin hanya kerana mereka bakal menimang cahaya mata, tetapi Eva percaya ia adalah amat penting untuk menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga yang saling memerlukan.”

Kami tak pelik pun jika Ryan tak mahu berkahwin dengan Eva kerana perkara sebegini bagaikan sudah menjadi kebiasaan di Hollywood. Mereka seakan-akan takut dengan ikatan perkahwinan yang dianggap sebagai satu komitmen besar.

Apapun, tahniah diucapkan kepada mereka. Rasanya tak sabar pula nak lihat kecomelan bayi mix Eva dan Ryan kan?

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×