berita

Ex Wife PU Tak Tuntut Banglo, Sempat Cat Rumah Sebelum Ditalak – ‘Yang Diharamkan Jika Awak Tinggal Dengan Si Dia’

November 24th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, kisah pertikaian sebuah rumah banglo milik seorang bekas Pencetus Ummah dan bekas isterinya, Ain telah menjadi perhatian ramai. Bukan itu sahaja, pertikaian tersebut nampaknya tidak berakhir dengan baik kerana masing-masing dikatakan mengambil keputusan untuk membiarkan begitu sahaja rumah banglo milik mereka berdua.

Artikel Berkaitan: Wanita Dakwa Bekas Suami PU Nak Roboh Banglo Gara-Gara Dibina Atas Tanah Miliknya

Dah janji tak nak nangis

Baru-baru ini, Ain menerusi IG Story miliknya mendakwa dia telah kembali ke rumah banglo tersebut setelah 9 bulan tidak menjejakkan kaki ke sana. Difahamkan, tujuan Ain ke banglo tersebut adalah untuk mengambil beberapa barang malah wanita ini juga sudah berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan mengalirkan air mata saat berada di rumah itu. Ain mengakui meskipun rumah itu sudah lama tidak dihuni namun segala barangan di dalamnya masih elok kecuali lantai sedikit kotor.

Saya yang cat, saya yang pasang lantai ni. Semua lah saya buat sendiri sebab nak bahagia diri sendiri dan dia. Tapi rupa-rupanya sia-sia. Tak apa lah, Allah nilai semua usaha saya. Saksi adalah anak kami.

Yang paling sebak, sehari sebelum lafaz saya masih sibuk mengemas mengecat ruang ini untuk anak-anak. Allah dah kata sia-sia tapi saya buat juga sebab saya tak tahu benda nak jadi.

Dakwa Ain lagi, meskipun ramai berpendapat bahawa banglo itu wajar dituntut di mahkamah, namun dia mengakui tidak sampai hati menganiaya bekas suaminya. Sebaliknya dia bersyukur kerana bekas suami tidak mengabaikan nafkah terhadap anak-anaknya.

Luahan Ain

Dakwa pihak sana enggan sewakan rumah

Menerusi hantaran terbaru, Ain mendakwa pernah mencadangkan kepada ‘pihak sebelah sana’ supaya menyewakan banglo tersebut. Wang hasil sewaan itu kemudian diberikan kepada anak-anak mereka tapi sayangnya cadangan itu ditolak.

Alasannya mereka minta saya balik hujung-hujung minggu untuk tinggal di sini. Kami dah tak ada apa-apa hubungan. Tak logik kan untuk terus tinggal di rumah penuh kenangan buruk ni? Adakah mereka nak koyakkan mental saya?

Dalam kesempatan itu, Ain mendakwa tidak pernah ‘mengharamkan’ bekas suaminya itu masuk ke banglo berkenaan. Sebaliknya, dia hanya tidak membenarkan bekas suaminya itu menetap di rumah itu bersama ‘si dia’. Dakwa Ain, rumah tersebut merupakan hasil titik peluhnya sendiri, oleh itu adalah tidak wajar apabila orang ‘asing’ menetap di situ.

‘Ini last saya cerita pasal rumah tu’

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×