Seperti yang sedia maklum, pelakon jelita Eyka Farhana sudah pun bertunang bersama pemain sayap Terengganu FC, Akhyar Rashid.
Artikel Berkaitan: [FOTO] Eyka Farhana, Akhyar Rashid Dah Bertunang
‘Photoshoot’ bersama
View this post on Instagram
Terbaharu, hantaran yang dimuat naik Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi mengundang perhatian netizen di Instagram (IG).
Menerusi perkongsian yang dibuat, Eyka memuat naik beberapa foto memaparkan aksi mesranya bersama Akhyar sewaktu sesi ‘photoshoot’ bagi sebuah jenama kristal terkenal dunia.
Walau bagaimanapun, terdapat satu gambar yang menyorot perhatian sehinggakan merpati dua sejoli itu mendapat teguran daripada netizen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan tidak manis untuk Eyka dan Akhyar bergambar seperti itu memandangkan status mereka yang masih dalam fasa pertunangan.
Komen netizen
Sumber: IG Eyka Farhana