Suami kepada pelakon, Eyka Farhana iaitu Akhyar Rashid berkongsi bahawa berat badannya meningkat selepas mendirikan rumah tangga pada 2 Mei lalu.

Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Sah Milik Akhyar Rashid Dengan Sekali Lafaz

Artikel Berkaitan: Eyka Farhana Sambut ‘Anniversary’ Keenam Dengan Akhyar Rashid

Berat naik 5kg

Menurut Akyhar, peningkatan berat badannya itu berlaku hanya selepas dua bulan tidak meneruskan rutin latihan sebagai seorang pemain bola sepak.

Walau bagaimanapun, pemain sayap Terengganu FC (TFC) berkongsi bahawa dia sudah kembali aktif dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram.

Jujur ya? Berat badan saya naik 5 kilogram (kg). Dua bulan tak ‘training’, habis.

Tapi sekarang dah turun 7kg (selepas sertai latihan).

Akhyar berkongsi perkara tersebut ketika ditemu bual pelakon, Aidil Aziz menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram (IG).

Raih perhatian Eyka

Apa yang mencuri perhatian ialah, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian isteri tercinta, Eyka Farhana yang meninggalkan emoji ketawa, seolah-olah terhibur dengan pengakuan suaminya itu.

Sekadar info, Akhyar dan Eyka sah bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Boathouse By The Lake Ampang pada 2 Mei lalu.

Sumber: IG Aidil Aziz