Pelakon, Eyra Hazali meluahkan rasa kesal terhadap seorang individu yang mendoakan suaminya, Haziq Nadzli agar disimbah asid menerusi ciapan di aplikasi X.
Artikel Berkaitan: ‘Mendoakan Suami Saya Lumpuh Adalah Melampau’ – Eyra Hazali
‘Tak kelakar’
Menerusi ciapan yang dibuat, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali turut menganggap ‘lawak’ yang dibuat individu dipercayai dari negara seberang sebagai tidak kelakar kerana ia melibatkan nyawa dan karier suaminya sebagai seorang pemain bola sepak.
Benda ini tak kelakar ya.
Walau bagaimanapun, individu terbabit dilihat sudah pun memadam ciapan yang dibuat selepas mendapat kecaman daripada wargamaya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut dan menasihati Eyra untuk membuat laporan polis kerana ciapan tersebut melibatkan nyawa suaminya.
Terdahulu, Eyra meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang mendoakan agar suaminya yang merupakan penjaga gol kebangsaan agar lumpur.
Kecaman itu dilemparkan netizen susulan satu kesilapan yang dilakukan Haziq sewaktu menjaga gawang pasukan Malaysia ketika menentang Thailand pada Piala AMEC Mitsubishi 2024 Sabtu lalu.
Komen netizen
Sumber: Aplikasi X