Pelakon sedang meningkat naik, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan beberapa syarat apabila berlakon dengan pelakon wanita dalam mana-mana drama.
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Enggan Terlibat ‘Cinta Lokasi’
Saya letak syarat
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Ezaidi memberitahu dia cuba untuk mengelak adegan bersentuhan dan mengangkat pelakon wanita. Menurut Ezaidi, dia meletakkan batasan tersebut kerana mahu mendapat keberkatan dalam pekerjaan yang dilakukan olehnya itu.
Niat saya hanya ingin mencari rezeki, saya macam semua orang bekerja yang nak dapat gaji. Sudah tentu dalam bekerja, nak keberkatan. Jadi, kena jaga la (batas) sebab kita nak dapat rezeki yang berkat.
Alhamdulillah, saya dapat produksi yang memang tak ada sentuh-sentuh, babak yang perlu romantik pun tak ada bersentuhan. Setakat saya berlakon selama ini memang produksi jenis macam itu.
Saya memang akan cuba mengelak dan beritahu pengarah boleh tak kita buat babak romantik tanpa bersentuhan dan masih mengekalkan ia kelihatan romantik. Bukan kalau boleh, tapi memang nak elak.
Pelakon berusia 29 tahun ini memberitahu dia enggan terlibat dengan masalah di lokasi penggambaran seperti ‘cinta lokasi’.
Ezaidi yang ditemui ketika sidang media pelancaran drama Satu Hari Nanti yang diadakan di Flint Cafe & Roastery, The Curve, Petaling Jaya, pada Selasa, turut berkata, dia tidak berasa risau sekiranya ada pihak enggan mengambilnya berlakon disebabkan beberapa syarat tersebut.
Saya pegang satu sahaja, kita kerja nak cari keberkatan. Kalau kita buat benda tak berkat, saya takut rezeki yang kita dapat itu jadi tak berkat. Bila benda tak berkat akan jadi satu masalah la iaitu cinta lokasi.
Saya percaya, rezeki Allah beri. Saya tak ada nak jaga hati sesiapa, tapi saya nak jaga hati dekat atas (Allah). Saya memang akan cuba sebaik yang mungkin untuk tepis la.
Selalunya saya akan tanya awal-awal ada babak yang terlampau mengarut sangat ke, saya terpaksa tolak. Contoh macam mengangkat orang ke peluk. Saya memang akan tolak.
Saya tak ada banyak syarat, saya memang titik berat bab agama. Saya percaya rezeki Allah beri, macam mana pun kalau Allah dah cakap rezeki kau, rezeki kau la.
Kalau orang cakap saya ini banyak syarat, tak apa saya percaya rezeki ini Allah beri. Alhamdulillah, setakat ini Allah dengar doa saya.