Penampilan pelakon, Remy Ishak yang mengenakan cincin hidung atau ‘septum ring’ di majlis tayangan drama siri, The Secret baru-baru ini telah menerima kecaman daripada netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remy Ishak Tampil Imej Tindik Hidung – ‘Ini Tipu Ja, Bagilah Chance Nak Cuba Gaya Baru’
Artikel Berkaitan: Remy Ishak Tak Tergugat Dengan Bakat Baharu Seperti Mierul Aiman & Amir Ahnaf – ‘Buat Apa Bersaing, Saya Ada Level Sendiri’
‘Cincin tu dia dah pulangkan dekat saya’
Terbaharu, isteri kepada aktor berusia 42 tahun itu, Ezza Yusof memberi respon terhadap komen seorang individu yang menuduh Remy sengaja berbuat demikian untuk meraih populariti kerana namanya yang dikatakan sudah mula ‘sendu’.
Menjelaskan perkara itu, Ezza meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diterima oleh Remy selain akui jadual kerja suaminya itu padat sehingga sukar untuk bercuti.
Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dekat kami tak pernah putus. Susah suami saya ni nak dapat cuti kerja. Bezanya suami saya ni susah nak kongsikan di media sosial.
Dalam kesempatan itu, Ezza turut menitipkan doa kepada individu yang meninggalkan komen negatif itu agar dipermudahkan segala urusan.
Menerusi perkongsian lain, Ezza berseloroh mengatakan Remy sudah memulangkan kembali cincin hidung atau ‘septum ring’ yang dipinjam daripadanya.
Cincin tu dia dah pulangkan dekat saya, chill ok.
Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta. Pasangan ini kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Tuah Alam yang kini berusia setahun.
Sumber: Instagram Ezza Yusof