Kumpulan Tiro yang dianggotai Sharif, Melati dan Danial Zaini telah dinobatkan juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) sekaligus membawa pulang wang tunai RM500,000 beserta trofi.
Bukan berdua tapi bertiga
@ajim_takada03##maharajalawakmega2021 ##fyp ##fyp? ##boro? Sayang Sampai Mati – Repvblik
Menyaksikan lima kumpulan berentap di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada Jumaat malam, semuanya harus diucapkan tahniah kerana berjaya memberi persembahan yang terbaik.
Kumpulan Boro yang dianggotai Achey, Fad dan Atu telah menjentik emosi juri dan penonton yang menonton. Menerusi persembahan kedua, Achey dan Fad membawa bingkai gambar sahabat mereka, Allahyarham Abam Bocey ke atas pentas.
Abam. Alhamdulillah tahun ini kami dapat pergi ke peringkat akhir. Tapi tahun ini rasa lain sangat. Kalau kau nak tahu, setiap minggu, setiap saat, aku dan Achey akan tengok setiap sudut pentas cari kau.
Sampai hari ini ramai yang masih sayang, masih rindu dengan kau. Bertiga itu sementara, tapi Bocey itu selamanya. Semoga kau tenang di sana, sahabat.
Mengalir juga air mata aku
Video tersebut telah dikongsi semula di akaun TikTok @ajim_takada03.
Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya tidak dapat menahan air mata ketika menonton termasuklah aktres Uqasha Senrose.
Dalam pada itu, wargamaya turut sedekahkan bacaan al-Fatihah dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kedimannya di Gombak, Selangor.
Sumber: TikTok @ajim_takada03
Foto: Astro & Azrul Rafie