Pelawak terkenal, Fad Bocey terbabit dalam kemalangan dan dikejarkan ke hospital Avisena Shah Alam, semalam. Hal ini dimaklumkan oleh isterinya sendiri, Syaheera Rahman menerusi Instagram ‘stories’ miliknya.
Artikel Berkaitan: ‘Welcome Baby Ibrahim Jibriel’ – Isteri Fad Bocey Selamat Bersalin Bayi Lelaki
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Janji Nak Sambut Tapi’ – Fad Menangis Rai Hari Jadi Selesai Majlis Tahlil Abam
Ada hentakan di kepala
Menerusi perkongsian IG ‘story’ yang dimuat naik Syaheera, dia memaklumkan berada di rumah semasa menerima panggilan daripada Fad tentang kemalangan tersebut. Difahamkan Fad perlu dipantau rapi di bawah High Dependency Unit (HDU) kerana mengalami hentakan di kepala.
Berikutan itu, Syaheera memohon orang ramai untuk mendoakan suaminya, Fad agar dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam keadaan yang baik.
Rakan artis mendoakan
Dalam pada itu, Achey Bocey yang merupakan rakan baik kepada Fad juga turut berada di tempat kejadian untuk membantu menguruskan motosikal milik Fad. Achey memuat naik video berserta kapsyen dan kelihatan Fad masih tersenyum dengan gelagat sahabatnya.
Moga cepat baik sahabat……
Susulan itu, ramai rakan artis yang mendoakan kesejahteraan Fad dan segera baik melalui proses penyembuhan.
Sumber: Syaheera Rahman