
Tasbih kifarah ialah amalan zikir penutup majlis untuk memohon keampunan Allah atas sebarang kesilapan atau khilaf, sekaligus menutup pertemuan dengan keberkatan dan ketenangan hati.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fedtri Yahya Bongkar Amalan Syirik Janin Manusia Dijadikan Pelaris, Pelakon Popular Pun Terlibat?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nora Danish Menangis Baca Puisi Di Festival Sunnah – ‘Maafkan Kami, Bimbinglah Kami Ya Allah’
Hati lebih tenang
Sekadar Gambar Hiasan (Himpunan Doa Dan Hadis Pilihan)
Amalan ini bukan sekadar sunnah semata, malah ia membawa banyak manfaat dari segi rohani dan sosial. Dengan memahami kelebihannya, kita dapat menghargai kepentingan dalam membacanya selepas setiap pertemuan.
Bacaan tasbih ini adalah satu bentuk istighfar, di mana seseorang mengakui kesilapan dirinya dan memohon keampunan daripada Allah S.W.T. Amalan ini sangat berkesan bagi membersihkan diri daripada dosa-dosa kecil.
Dengan membaca tasbih ini, hati menjadi lebih tenang, dosa dihapuskan sekali gus dapat menguatkan lagi hubungan kita dengan Allah.
Selain itu, membaca tasbih kifarah juga merupakan amalan sunnah yang diamalkan Rasulullah SAW. Mengamalkannya dalam kehidupan kita, bukan sahaja memperoleh ganjaran pahala, malah turut menzahirkan rasa cinta dan penghormatan terhadap baginda Nabi Muhammad.
Fadhilat lain, dapat mendidik kita dalam menjaga peradaban dan menjadikan setiap pertemuan itu penuh keberkatan serta menutupnya dengan permohonan kepada Allah.
Selain itu, dengan mengamalkan bacaan ini dapat mengingatkan kita bahawa majlis yang kita hadiri akan dinilai di hari akhirat kelak, sekaligus meningkatkan juga kesedaran rohani diri tentang tanggungjawab dan kesan dosa.
Bacaan tasbih kifarah ini mengandungi permohonan taubat terhadap Allah. Ianya seiring dengan ajaran Islam yang menekankan bahawa setiap manusia sentiasa bertaubat kerana tidak ada sesiapa pun yang akan terlepas daripada melakukan kesilapan.
Sumber: eCentral