berita

Fadzil Zahari Bersyukur Yana Samsudin Kini Berhijab

April 29th, 2015 | by Ash Nordin
Lensa Insta

yana hijab 2

Alhamdulillah lagi seorang artis wanita yang sudah berhijrah, suka kami tengok penampilan baharunya. Makin anggun bila dia dah berhijab sekarang.

Yana muncul dengan imej terbaharunya dalam program Wanita Hari Ini tadi, Yana memuat naik dua keping gambar bertudungnya turut mendapat pujian dan kata-kata semangat daripada peminat beliau.

Suami Yana Fadzil Zahari turut meluahkan rasa gembira dengan penampilan baharu isterinya.

Dalam temubualnya bersama BH Online, Suaminya ternyata bersyukur dan menjelaskan bahawa mereka tiada perbincangan serius untuk berhijab.

Tiada perbincangan yang serius mengenai keputusan Yana untuk bertudung. Namun dia ada menanyakan pendapat saya mengenai penampilannya berhijab.

Setelah memandang segala aspek yang ada, pada hari ini Yana mengambil keputusan untuk bertudung ketika tampil di Wanita Hari Ini sebentar tadi.

Disini kami kongsikan dua keping gambar Yana imej baharu Yana serta pujian dan komen-komen positif yang diberikan peminatnya.

Screen Shot 2015-04-29 at 16.07.05

Screen Shot 2015-04-29 at 16.05.33

Kami juga turut berasa gembira dan bersyukur atas penghijrahan Yana Samsudin, kami harap Yana terus dapat kekalkan dengan penampilan Yana yang baharu ini selama-lamanya.

Sumber : BH Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×