Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim memberitahu dia tidak akan menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira ‘Support’ Datuk Red Berniaga Di Festival, Netizen Doa Mereka Rujuk Semula – ‘Sebab Itu Dia Special Di Hati’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Bangkit Semula’ – Datuk Red Akhirnya Buka Mulut Selepas Bercerai, Kongsi Foto Termenung Di Mahkamah
Tak tuntut nafkah
Menurut Datin Red, keputusan tersebut dibuat kerana dia memahami keadaan bekas suaminya itu yang sedang berada dalam kesusahan.
Sebab saya tahu dia muflis. Tak apalah saya cari nafkah sendiri sahaja untuk anak-anak saya. Itu saja saya nak cakap. Saya tak nak menyusahkan dia dan saya menyokong dia.
Tambah Datin Red, hubungannya dengan bekas suami akan kekal baik seperti sebelum ini.
Saya tahu dia tidak sekejam itu terhadap kami walaupun kami sudah tidak mempunyai hubungan. Saya tahu dia baik dan bertanggungjawab. Hubungan kami selepas ini pun baik sahaja.
Hari ini, Datuk Red telah menceraikan isteri pertamanya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor.
Terdahulu, Datin Red memfailkan cerai terhadap Datuk Red pada penghujung Januari lalu. Berita tersebut diketahui umum apabila Datin Red memuat naik foto ketika berada di luar mahkamah dengan kapsyen mengenai ketentuan takdir.
Sumber: Astro Gempak