berita

Fahmi Fadzil Nafi Arah Naratif Jahat Salahkan PAS Isu Festival Good Vibes 2023

July 25th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, menyelar tindakan pihak tertentu menyebarkan poster mengandungi fitnah kononnya beliau mengarahkan tentera siber penyokong kerajaan mencipta naratif jahat untuk menyalahkan PAS dalam isu pembatalan Festival Good Vibes 2023 (GVF23).

Buat laporan poster fitnah

Menerusi posting di Instagram, Fahmi memaklumkan sudah mengarahkan pejabatnya untuk membuat laporan berhubung penyebaran poster itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Di hari kita semua bersedih kehilangan seorang rakan seperjuangan yang baik, ada yang masih sempat dan tak takut melakukan fitnah.

Bagaimana pereka poster ini boleh dengan tidak ada rasa takut akan undang-undang mahu pun akhirat, membuat fitnah secara terbuka seperti ini. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita daripada fitnah dan pemfitnah ini.

Poster tersebut juga mendakwa Fahmi mengarahkan PAS ditonjolkan sebagai parti ekstrem, sebagai langkah terdesak beliau yang meluluskan permit The 1975, kumpulan yang melakukan aksi tidak senonoh dan biadab ketika membuat persembahan di GVF23.

Fahmi berkata, permohonan permit kumpulan The 1975 oleh penganjur GVF23 ditolak oleh Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) pada 23 Jun lalu susulan rekod buruk mereka.

Bagaimanapun pada 16 Julai lalu, penganjur membuat rayuan dan jaminan bertulis termasuk daripada pengurus kumpulan itu untuk bertanggungjawab sepenuhnya atas persembahan The 1975 dan PUSPAL menerimanya berdasarkan jaminan itu.

Terdahulu, Fahmi mengambil tindakan segera dengan mengutuk keras aksi biadab The 1975 di Twitter serta memanggil penganjur untuk memberi penjelasan sehari selepas itu dan mereka mengaku bersalah serta mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

Sumber: Fahmi Fadzil

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×