Pagi tadi Faiz Dickie kongsikan 6 fakta menarik tentang salah satu lokasi di Red Light District iaitu adalah sebuah muzium yang didedikasikan khas untuk kegiatan pelacuran. Wow, tempat pelacur pun dah siap buat muzium kalau kat sini mahu kena serbu.
Red Light Secrets, sebuah muzium yang didedikasikan khas untuk kegiatan pelacuran
So semalam, instead of melakukan perkara yang tak berfaedah *ehem*, abang telah pergi ke Red Light Secrets iaitu sebuah muzium yang didedikasikan khas untuk kegiatan pelacuran – something yang amat sinonim dengan Amstersdam.
Kalau kau gi area Red Light District ni, kau akan nampak sepanjang lorong tu penuh dengan tingkap-tingkap berwarna merah. Didalam tingkap tu akan ade gadis-gadis berpakaian seksi menggeletis-geletis menggoda pelanggan. Wuuu *merendahkan pandangan* haha
Anyways, masa kat muzium tu, abang dapat pick up few facts yang menarik. Lemme share with you guys.
1. Setiap pelacur perlu menyewa ‘tingkap’ ni untuk berniaga. Sewanya adalah €150 sehari. Some of them tinggal di dalam ‘tingkap’ ni.
2. Kebanyakkan mereka berkerja selama 12 jam sehari 7 hari seminggu! Woah.
3. Bayaran yang dikenakan kepada pelanggan bermula serendah €50 sehinggalah beribu.
4. Tempoh langganan average setiap pelanggan adalah sekitar 6 minit sahaja! Haha sekejap je pun.
5. Segelintir pelacur ni adalah mangsa penipuan bf, mak hayam etc. Dorang dibawa masuk ke negara ni, passport di amik dan dipaksa berkerja as pelacur.
6. Most tingkap berwarna merah. Tapi kalau tingkap dipasang lampu purple, ia bermakna pelacur itu adalah transeksual ya. Hehe
Katanya, banyak lagi info menarik pasal tempat ni. Kalau korang nak cuba, boleh lah korang explore sendiri kat tempat ni untuk tambahkan lagi ilmu pengetahuan korang tu. Bayaran €8.50 to €10 sahaja.
Hmm, bila Faiz Dickie buat video baru pasal tempat ni? Hehe!
Sumber: Instagram faizdickievp