berita

Faizal Tahir Terkejut Harga Tiket Konsert Sendiri Mahal – ‘Bukan Kuasa Saya’

June 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Kecoh diperkatakan oleh warganet baru-baru ini tentang harga tiket Konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur yang terlalu mahal.

Artikel Berkaitan: Faizal Tahir Realisasikan Hasrat Lelaki New Zealand Masuk Islam, Anggap Satu Memori Indah – ‘Sudah 12 Tahun Dia Bercita-Cita’

Artikel Berkaitan: Akui ‘Penat’, Faizal Tahir Bakal Berhenti Menyanyi?

‘Bukan kuasa saya..’

Penyanyi Faizal Tahir memaklumkan bahawa dia tidak terlibat dengan penetapan harga tiket dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak penganjur.

Soal harga ini pun saya tak boleh nak jawab lebih-lebih, sebab bukan kuasa saya. Tapi saya dah serahkan 100 peratus kepada pihak pengurusan.

Tetapi seperti mana yang dikatakan oleh penganjur, dia mengambil kira banyak perkara untuk menetapkan harga sebegitu. Jadi saya rasa kalau kita nak ubah balik harga tiket pun bukan satu benda yang bagus juga.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 45 tahun itu mengakui turut rasa bersalah kerana tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut.

Mungkin itu salah saya juga kerana tidak ambil pusing sangat dan tidak ambil peduli tentang harga tiket.

Bagaimanapun, pelantun lagu Sampai Syurga itu percaya bahawa pihak penganjur ada sebab yang kukuh sebelum menetapkan harga bagi konsert itu.

Seperti apa yang penganjur cakap, harga yang telah ditetapkan adalah berdasarkan data dan analisa yang menjadi sebab mengapa mereka meletakkan harga sebegitu.

Faizal berkata demikian ketika ditemui OhBulan! di sidang media konsert tersebut.

Konsert solo selepas 17 tahun

Menurut Faizal lagi, dia menjanjikan sebuah persembahan dengan pengalaman luar biasa kepada para penonton yang hadir nanti walau dalam apa keadaan sekali pun.

Saya tak nak ambil kritikan orang untuk ganggu fokus saya, ‘the show must go on’. Akan sentiasa ada kebarangkalian orang tidak mahu beli dan orang nak boikot. Kalau tak ada orang sekalipun saya kena tetap buat persembahan.

Selepas 17 tahun saya ada sesuatu untuk dikongsikan dengan orang ramai, saya harus pastikan ini adalah satu konsert yang lebih kepada pengalaman muzik, bukan sahaja datang dengar-dengar lagu dan balik.

Konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur bakal berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre pada 2 September depan. Tiket boleh didapatkan menerusi www.jiotix.asia atau hubungi hotline: 011-5100 3111 (kiriman WhatsApp sahaja) dengan harga bermula RM488 (Platinium), RM588 (Diamond) dan RM688 (VIP).

SKIP THIS AD ×