berita

Famili Duo 3: Teka Teki Terjawab! Sharif & Syaiful Zero Jadi Peserta Ke-6

October 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Famili Duo 3

Teka-teki akhirnya terjawab apabila adik-beradik Sharif dan Syaiful Zero diumumkan sebagai peserta keenam bagi rancangan realiti, Famili Duo 3.

Artikel Berkaitan: Famili Duo 3: Kak Lina Pom Pom & Suami Diramal Jadi Peserta Keenam – ‘Patutlah Tarik Diri Dari GV’

Jadi pelengkap

Famili Duo 3

Sharif dan Syaiful melengkapkan barisan peserta bersama lima lagi pasangan iaitu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Tom dan Fuad Rahmad, Ryan dan Adam Bakery, Shila dan Syahir Hamzah dan Adira dan Emma Suhaimi.

Sebelum ini tularnya gambar misteri bagi peserta keenam menjadi bualan ramai di media sosial.

Antara nama yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan itu adalah Elly Mazlein dan suami kerana gambar yang dipaparkan mirip sekali dengan gambar perkahwinan mereka pada 2020 yang lalu.

Dengan ini maka lengkaplah senarai enam pasangan yang bakal bertanding bagi merebut gelaran juara program Famili Duo 3.

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 3 akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×