berita

[VIDEO] ‘Lepas Ni Kau Tunggu Surat Saman!’ – Ajai

December 3rd, 2023 | by Shahira
Kini Trending

ZeroFD3Final

Mendendangkan lagu Kong Kali Kong oleh Floor 88, pasangan duo adik-beradik iaitu Sharif dan Saiful Zero menerima pujian daripada kedua-dua juri tetap.

Artikel Berkaitan: Persembahan Kemelayuan Pukau Penonton, Sharif & Syaiful Zero Peroleh Markah ‘Perfect 10’

Dapat ‘perfect 10’

ZeroFD3Final

Sharif dan Saiful menerima markah perfect 10 daripada juri. Sementara Ajai menyifatkan duo adik-beradik ini bijak dalam memilih lagu bagi setiap persembahan. Bukan itu sahaja, pemilihan props pada persembahan final Famili Duo ini juga sangat tersusun.

‘Sharif dan Saiful, kamu ni pada saya artis yang bijak. Bijak kamu memilih lagu, itu saya kena bagi kredit. Kamu pergi kepada kemampuan, kamu tidak memalukan diri, membodohkan diri. Saya bukan perlukan penyanyi yang tinggi-tinggi, tak menjerit.

Saiful kamu boleh menyanyi. Cuma hari ini percaturan bagus termasuk props yang digunakan. Persembahan yang bagus.’

Sementara itu. Ajai sempat berseloroh mengatakan Sharif dan Saiful bersedia untuk menerima surat ‘saman’ memandangkan mereka menggunakan watak seakan Diva AA dalam persembahan mereka.

‘Tapi, lepas ni kau tunggu surat saman! Kau pakai Diva AA tadi kan? ‘

Sementara Mas Idayu pula menyifatkan persembahan duo adik-beradik pada malam ini memberikannya kepuasan. Malah, Sharif dan Saiful menunjukkan peningkatan dari segi nyanyian.

‘Pada kamu berdua malam final ini, persembahan awak nampak usaha paling tinggi. Duo kita yang ini, dia tahu kekurangan tapi mereka pandai pilih lagu, pandai ambil hati penonton.

Mummy dapat satu kepuasan dan peningkatan dalam nyanyian. Dalam banyak persembahan, lagu ini paling sempurna. Mummy sayang Saiful dan Sharif.’

Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa untuk mengundi pasangan kegemaran anda di atas talian melalui Tonton kerana markah anda akan menentukan 30% markah keseluruhan.

Lebih istimewa, penonton yang melanggan pakej TontonUP berpeluang untuk mengundi sebanyak 50 undian untuk duo kegemaran mereka! Gunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ untuk mendapatkan tawaran khas bagi tiga bulan pertama sempena FD3 dengan harga serendah RM20.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my.

SKIP THIS AD ×