Tak ada angin, tak ada ribut, rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dikatakan sedang berantakan selepas isterinya iaitu Fara Salleh berkongsi ketidakpuasan hati terhadap suaminya itu menerusi Instagram Story.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuk Sahar Akui Sudah Bernikah Empat Bulan, Ada Sebab Rahsiakan Perkahwinan – ‘Aku Dah Tak Nak Kongsi Kisah Peribadi’
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Dakwa Menyesal Kahwin Dengan Shuk Sahar, Minta Diceraikan? – ‘Pujuk Dia Lepaskan Saya’
Shuk abai Fara?
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Fara meluahkan rasa bengangnya terhadap Shuk yang didakwa telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Dakwa Fara, dia tidak pernah dijenguk oleh Shuk sepanjang berada di hospital selepas mengalami pendarahan pada bahagian rahim.
Saja nak tanya seronok tak lepak sampai tak nampak batang hidung selama aku masuk wad ni?
Tahu tak anak ini okay ke tak? Tahu tak doktor cakap apa? Tahu tak risiko apa aku hadap bawa anak kau ini?
Kau tahu tak anak kau ini bila makin membesar, makin jantung aku tak stabil.
Bukan itu sahaja, Fara juga mendakwa salah seorang rakan kepada Shuk juga telah menjadi punca kepada pendarahan yang dialami.
Korang tahu tak kenapa aku sampai dapat pendarahan dalam rahim?
Pergi tanya ahli baru korang yang sibuk ‘planning’ nak naikkan nama lepak bapak tu apa jadi sehari sebelum dia jumpa korang di Kuala Lumpur sampai aku pendarahan?
Sedia hilang suami?
Sementara itu, Fara turut mendakwa bekas ahli kumpulan Balas itu telah menghina kandungannya sewaktu mereka bercuti di Perancis.
Ujar Fara, dia kini sudah pun bersedia untuk mencari sumber pendapatan sendiri sekiranya kehilangan suami.
Insya-Allah aku boleh cari duit sendiri untuk sediakan barang anak dan bersalin nanti.
Lagipun masa di Perancis hari itu kau hina cakap aku mengandung anak haram dan panggil aku jalang.
Aku tak takut hilang kau, mohon beri kerjasama di mahkamah nanti.
Sekadar info, kemelut rumah tangga antara Fara dan Shuk bermula pada tahun lalu selepas wanita itu mengaku meminta cerai kerana tidak tahan dengan perangai suaminya itu.
Untuk rekod, Fara dan Shuk berkahwin pada November 2023 selepas bercerai dengan isteri pertamanya iaitu Rossa Sera pada 22 Mac 2023.
Hasil perkahwinan pertama itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.
Sumber: IG Fara Salleh