Pelawak Shuk Sahar dan isteri, Fara Salleh kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah selepas kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan.
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar & Fara Salleh ‘Healing’ Di Makkah, Netizen Puji Usaha Selamatkan Rumah Tangga – ‘Belajar Dari Kesilapan’
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Kongsi Gambar Pasport & Tiket Penerbangan, ‘Healing’ Bersama Shuk Sahar?
Teguran untuk netizen
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Fara menegur segelintir warganet, berikutan ada yang kurang senang melihat dia berbaik semula bersama Shuk.
Justeru itu, Fara meminta mereka untuk tidak lagi mengikutinya di aplikasi tersebut andai tindakannya untuk menyelamatkan rumah tangga tidak disenangi.
Di Instagram ada butang ‘unfollow’ dan ‘block’.
Bagi sesiapa yang tidak suka saya atau tak suka melihat saya kembali kepada suami dan memperbaiki hubungan kami, sila jauhkan diri daripada Instagram saya.
Jangan komen yang bukan-bukan di sini. Assalamualaikum.
Terdahulu, Fara memuat naik sekeping foto memaparkan dua buah passport yang tertera nama ‘Fara’ dan ‘Shuk’. Kemudian Fara berkongsi gambar mereka sedang berada di Madinah.
Sebelum ini, Fara mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa hantaran mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.
Bukan itu sahaja, Fara juga dilihat meminta Shuk untuk menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk pelawak berusia 38 tahun itu.
Shuk kemudiannya membuat satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai untuk menilai dengan menggunakan akal fikiran.
Sumber: IG Fara Salleh