Pelakon Farah Nabilah memberitahu dia tidak lagi menggunakan khidmat pembantu rumah kerana tidak sanggup berhadapan dengan kerenah mereka.
Artikel berkaitan: ‘Isu Berhijab Tak Perlu Diumumkan’ – Farah Nabilah
Artikel berkaitan: ‘Baby Boy’ Kedua Farah Nabilah Nama Yusuf Gibran
Sakit kepala dengan ‘maid’
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Farah berkata, dia akhirnya membuat keputusan untuk menguruskan kerja rumah sendiri selepas berbincang dengan suami.
Saya tak ada pembantu rumah. Dulu saya pernah ada beberapa kali tapi sakit kepala lah dengan dorang. Macam-macam hal, macam-macam cekadak (kerenah) penat nak fikir.
Jadi lepas pembantu rumah yang terakhir, saya buat keputusan dan cakap dengan suami saya, tak apa saya sanggup buat kerja rumah sendiri sebab lagi penat nak fikir pasal dorang ni daripada nak buat kerja rumah sebenarnya.
Kata Farah, dia hanya menggunakan khidmat pembantu rumah harian atau ‘daily maid’ sekiranya terlalu penat dengan kerja rumah.
Dekat dengan ibu bapa
Dalam pada itu, dia juga bersyukur kerana tinggal berhampiran dengan kedua-dua belah ibu bapanya dan boleh meminta pertolongan mereka pada bila-bila masa.
Jadi saya cakap dengan suami saya kalau saya penat sangat hanya panggil ‘daily maid’ tapi saya sangat bertuah sebab saya ada ibu mentua yang dekat dengan rumah dan saya ada ibu saya. Kalau ada apa-apa, saya boleh hantar anak-anak dekat rumah dorang.
Malah, Farah mengatakan dia tidak mampu melakukan semua perkara seorang diri tanpa bantuan daripada kedua-dua ibu bapa.
Tapi betul kalau tak ada ibu bapa saya dan ibu bapa mentua saya, saya pun tak boleh lakukannya. Mungkin saya akan perlukan pembantu rumah juga.
Sekadar info, Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Andre Omar, 4, dan Yusuf Gibran yang kini berusia satu tahun.
Sumber: Instagram