Umum tahu bahawa Farid Kamil telah dipilih untuk membawa watak besar di dalam satu filem berjudul ‘Anwar’ yang bakal ditayangkan kelak. Cara pertuturan dalam loghat utara yang hampir sama dengan tokoh politik itu itu membuatkan ramai bersetuju Farid Kamil memegang watak Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walau bagaimanapun, Diana Danielle mohon orang ramai tidak menjadikan isu tersebut sebagai bahan politik.
Artikel Berkaitan: Mahkamah Batalkan Rayuan Pendakwaan Farid Kamil
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Rasa Ragu Selepas Peminta Sedekah Minta RM50, Netizen Nasihat Utamakan Keselamatan – ‘Jangan Buka Tingkap!’
Pelakon perlu cari duit
Menerusi laporan Gempak, Diana Danielle meluahkan rasa bangga kepada suaminya kerana telah terpilih membawa watak tersebut untuk dijayakan. Dia juga menyatakan bahawa suaminya, Farid Kamil, tidak merasakan ianya satu beban apabila membawa watak sebagai tokoh politik Malaysia.
Saya sangat bangga dengan Farid. Dia ada bincang dengan saya sama ada perlu ambil ke tidak tawaran ini. Walau bagaimanapun, Farid tidak nampak ini seperti satu beban yang besar buatnya.
Tambah pelakon Gol dan Gincu 2 itu, dia berharap tiada mana-mana pihak mempolitikkan kenapa suaminya itu menerima tawaran ini. Diana juga menyatakan bahawa suaminya cuma ‘cari makan’ demi meneruskan kehidupan.
Saya harap perkara ini tidak dipolitikkan.
Rentetan daripada itu, Diana sempat berkongsi bahawa suaminya itu tidak kelihatan seperti tertekan sepanjang menjayakan watak yang diberi dan mungkin kerana memang caranya yang suka simpan sendiri.
Sumber: Gempak